Posts

Showing posts from October, 2015

Ramadan dan syawal thn empat

Image
Kedatangan bulan yang mulia Ramadan amat di nanti-nantikan. Terlalu teruja untuk menjalani ibadah puasa dan melakukan solat sunat terawih..entah mengapa. Seperti tahun-tahun sebelumnya saya akan ke Masjid Daerah.  Masjid ini telah dilengkapi sepenuhnya dengan penyaman udara.  Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya jemaah akan berpeluh-peluh dan solat dalam keadaan tidak selesa. Tapi kini alhamdulillah bolehlah melaksanakan ibadah dengan selesa ditambahi dengan monitor di beberapa tiang membantu jemaah menjalani solat sunat ini selain memaparkan tajuk tazkirah zohor setiap hari dengan tajuk yang berbeza.  Dalam minggu kedua berpuasa says ke Kuala Lumpur.  Satu pengalaman baru selama 4 tahun berpuasa selepas pemergian bonda tercinta.  Saya menaiki bas.  Seperti tahun-tahun sebelumnya pemandu bas akan sampai lewat sedikit kerana berhenti berbuka tetapi tahun ini tepat jam 7 petang bas sudah muncul dan setelah mengambil semua penumpang, bas terus berjalan.  Saya ingatkan dia akan berhen

PERKAHWINAN PERMATA HATI BHGN IV

Image
Pagi lagi kami bersiap-siap.   Memasukkan bunga telor ke dalam kereta ku beserta puding kastad.  Beberapa barang lain turut dimasukkan ke dalam kereta kakak ku.  Dalam perjalanan baru sahaja melintasi "guard" bunga telor jatuh.  Sebaik sahaja menuruni bukit saya pun memberhentikan kereta ke tepi dan menyendal dengan kotak cermin alas bunga telor.  Abang ipar dan kakak ku gelisah kerana kereta ku tidak kelihatan.  Setelah selesai membetulkan posisi bunga telor kami meneruskan perjalanan kami ke Dewan Komuniti Bukit Damansara.  Setibanya di situ saya terus mengeluarkan bunga telor dengan dibantu anak angkat abang ipar ku.  Manakala puding dihantar terus kepada caterer dengan memaklumkan kuah dan buah-buah campuran untuk diletakkan di meja pengantin. Saya kemudiannya menuju ruang menyambut tetamu bersama rakan dan cucu kakak.  Doorgift kelihatan disusun dengan cantiknya di sebelah kanan pintu masuk dalam bentuk tin kecil bersegi empat berwarna biru dan coklat dengan dihiasi

Percutian di Melaka

Image
Idea percutian ini dicetuskan oleh Nana. Namun pada peringkat awal kami memilih Tanjung Piai, Johor yang merupakan penghujung Malaysia. Namun setelah melayari internet tidak banyak sangat tempat atau aktiviti yang boleh kami lakukan di situ mungkin sesuai bagi kaki pancing. Kami mengambil keputusan untuk mencari tempat lain. Ada yang mencadangkan Melaka dan beberapa destinasi lain. Kekangan dsri segi masa membuatkan kami memilih tempat percutian yang tidak terlalu jauh. Akhirnya kami memilih Melaka. Walau pun group ini pernah ke sana sebelum ini tetapi itu beberapa tahun yang lalu. Mungkin banyak perubahan setelah beberapa tahun berlalu. Setelah mendapatkan maklumbalas saya mula merancang tempat-tempat lawatan sepanjang di sana. Antaranya Muzium Kapal Selam, Muzium Kesultanan Melaka, Ducktour, Menara Tamingsari, River Cruise, Jonker Walk, Rumah Terbalik dan Muzium 3D. Agehan tugas mula diberi. Ads yang dipertanggungjawabkan menguruskan penginapan iaitu BUSTEL di Klebang.

KEK MINYAK

Image
Kali pertama mencuba resepi ini kerana ia versi rice cooker.  Resepi ini saya perolehi dari fb.  Malangnya setelah dimasukkan ke dalam rice cooker setelah periuk panas ia mengambil masa yang lama untuk membolehkan ia ditekan kali kedua dan berikutnya.  Saya menggelabah dan geram juga.  Setelah beberapa jam menunggu saya mengambil keputusan untuk mengalihkan adunan tadi ke dalam microwave atas syor dari kakak.  Bolehlah makan tetapi agak mengecewakan. Saya tidak berputus asa.  Dengan menggunakan resepi yang sama saya meneruskan misi untuk kedua kalinya. Alhamdulillah sangat.  Sangat berpuashati.  Jadi di sini saya panjangkan resepi rakan fb untuk rakan di luar sana mencubanya. Bahan-bahan: 5 biji telor ayam 1/2 cawan gula 1 sudu besar ovalette 2 cawan tepong naik sendiri 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak makan 1 sudu kecil esen vanilla Cara membuat: Putar telor, gula dan ovalette hingga naik dan kembang. Kemudian masukkan susu pekat diikuti vanilla dan putar lagi. Masukkan