Ramadan dan syawal thn empat

Kedatangan bulan yang mulia Ramadan amat di nanti-nantikan. Terlalu teruja untuk menjalani ibadah puasa dan melakukan solat sunat terawih..entah mengapa.
Seperti tahun-tahun sebelumnya saya akan ke Masjid Daerah.  Masjid ini telah dilengkapi sepenuhnya dengan penyaman udara.  Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya jemaah akan berpeluh-peluh dan solat dalam keadaan tidak selesa. Tapi kini alhamdulillah bolehlah melaksanakan ibadah dengan selesa ditambahi dengan monitor di beberapa tiang membantu jemaah menjalani solat sunat ini selain memaparkan tajuk tazkirah zohor setiap hari dengan tajuk yang berbeza. 
Dalam minggu kedua berpuasa says ke Kuala Lumpur.  Satu pengalaman baru selama 4 tahun berpuasa selepas pemergian bonda tercinta.  Saya menaiki bas.  Seperti tahun-tahun sebelumnya pemandu bas akan sampai lewat sedikit kerana berhenti berbuka tetapi tahun ini tepat jam 7 petang bas sudah muncul dan setelah mengambil semua penumpang, bas terus berjalan.  Saya ingatkan dia akan berhenti di mana-mana kawasan berhampiran bagi membolehkan penumpang islam berbuka puasa rupa-rupanya telahan saya silap, pemandu bas terus memandu dan berbuka sambil memandu...inilah pengalaman berbuka dalam bas yang tidak dapat saya lupakan.
Berada di KL untuk shopping raya bersama keluarga tercinta amat menyeronokkan terutama dalam memilih baju...tetapi dalam apa pun kami sepakat memilih warna purple sebagai warna tema raya pada tahun ini.  Tidak terasa beberapa jam telah berlalu.
Selesai membeli belah raya saya kembali.  Dalam perjalanan pulang, bas berhenti di jalan altenatif ke Kuala Pilah.  Pemandu bas hanya bagi masa 10 minit untuk menunaikan solat.  Saya segera turun dan sempat berpesan kepada seorang penumpang yang saya hendak solat dibimbangi pemandu bas beredar dari situ tanpa memeriksa penumpang cukup atau tidak.  Saya hanya sempat menunaikan solat qasar zohor dan terdengar pemandu bas membunyikan hon.  Kelam kabut dibuatnya saya segera kembali ke bas.
Hari-hari berlalu dengan pantas.  Seperti biasa saya tidak terlalu teruja untuk menyambut raya semenjak ketiadaan ibu.  Suasana dan perasaan turut berubah dan semakin hambar tanpanya disisi.  Sewaktu beliau ada walau bertapa penat walau tiada waktu rehat kerana kesebukan di dapur menyediakan juadah serta menyiapkan ibu untuk beraya, kepenatan itu hilang setelah melihatnya berpakaian baju raya dengan beg tangan kecil (untuk isi duit raya)..satu kepuasan mencium tangannya di pagi raya sambil menghulur duit raya dan disambut olehnya serta sampul raya di cium olehnya.  Tapi kini semua itu tinggal kenangan.
Seperti biasa saya menyambut raya di KL.  Dengan membawa bag sederhana besar yang penuh dengan kuih dan baju..saya menaiki bas ke KL. 
Suasana raya di bandar dan di kampung sangat berbeza namun yang sama adalah tradisi bermaaf-maafan masih wujud.  Momen yang dinanti-nantikan.
Seperti biasa selesai solat sunat aidilfitri di Masjid Wilayah kami akan kembali ke rumah mengalas perut dengan juadah yang telah disediakan iaitu nasi tomato.
Kami ke Putrajaya untuk menziarahi pusara allahyarhamah kakak.  Turut juga menziarahi pusara salah seorang peramugari yang terkorban MH17 terletak tidak jauh dari pusara kakak. 
Tahun ini kerana kesuntukan masa di sebelah pagi kami tidak sempat bermaaf-maafan terasa kekurangan.  Memandangkan ahli keluarga tidak cukup kerana perlu menghadiri rumah terbuka PM kami tunda ke sebelah petang.  Tempat yang dipilih agar afdhal adalah Masjid Putra.
Walau pun telah beberapa kali lalu dan bergambar di luar hanya hari ini saya berkesempatan memasuki masjid ini dan sempat menunaikan solat tahayatul masjid serta sempat bergambar.  Kami berkumpul di luar masjid dan acara bersalam bermaaf-maafan pun bermula.  Sedih, sebak dan pelbagai rasa mula bersarang.  Kami bertukar-tukar sampul, bukan jumlah (RM) yang jadi ukuran tetapi ingatan serta keikhlasan menjadi keutamaan.  Tiba giliran saya,  sebaik bersalam dengan kakak dia menghulurkan sesuatu ke tangan ku, saya terkedu sebentar. Hanya ucapan terima kasih mampu keluar waktu itu. Lantas saya terus menyimpan ke dalam beg tangan.
Saya hanya membuka kotak sesampainya di rumah..wow seutas jam tangan anti clockwise tulisan arab. Terima kasih Daun keladi kakak ku...
Hari kedua,  kami bersiap-siap ke Sungai Petani. Dalam perjalanan kelihatan beberapa kereta rosak dan berlaku juga kemalangan.  Kereta bergerak perlahan di beberapa tempat. 
Sampai di Penaga, hidangan sedia menanti kami.  Kami dihidangkan dengan mee soto.  Terima kasih kerana bersusah payah untuk kami.Sempat sesi fotografi di bendang. 
Kami seterusnya singgah beraya di rumah besan kakak. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4