PERKAHWINAN PERMATA HATI BHGN IV

Pagi lagi kami bersiap-siap.   Memasukkan bunga telor ke dalam kereta ku beserta puding kastad.  Beberapa barang lain turut dimasukkan ke dalam kereta kakak ku.  Dalam perjalanan baru sahaja melintasi "guard" bunga telor jatuh.  Sebaik sahaja menuruni bukit saya pun memberhentikan kereta ke tepi dan menyendal dengan kotak cermin alas bunga telor.  Abang ipar dan kakak ku gelisah kerana kereta ku tidak kelihatan.  Setelah selesai membetulkan posisi bunga telor kami meneruskan perjalanan kami ke Dewan Komuniti Bukit Damansara. 
Setibanya di situ saya terus mengeluarkan bunga telor dengan dibantu anak angkat abang ipar ku.  Manakala puding dihantar terus kepada caterer dengan memaklumkan kuah dan buah-buah campuran untuk diletakkan di meja pengantin.
Saya kemudiannya menuju ruang menyambut tetamu bersama rakan dan cucu kakak.  Doorgift kelihatan disusun dengan cantiknya di sebelah kanan pintu masuk dalam bentuk tin kecil bersegi empat berwarna biru dan coklat dengan dihiasi riben kecil di atasnya diberi sebaik tetamu sampai.  Sebelah pengantin perempuan kami menyediakan  bingkai gambar diperbuat dari kaca berwarna hijau hanya diedarkan kepada keluarga pengantin perwmpuan sahaja dan tetamu khas.  Antara tetamu yang turut hadir adalah Dato Hasan dan isteri (mantan Timbalan Menteri Besar Pahang), papa rock iaitu Dato Ramli Sarip dan Datin Paduka Umie Aida.  Sempat saya merakamkan gambar bersama mereka.
Tetamu mula kelihatan ramai.  Kelihatan saudara mara kedua belah pihak datang termasuk kenalan.  Yang datang diminta bergambar di ruang yang disediakan.  Serta diminta menurunkan tandatangan pada buku yang disediakan.  Rata-rata tetamu cukup sporting.
Dalam keriuhan menyambut kedatangan saudara mara kereta pengantin kelihatan sampai ke perkarangan Dewan.  Berdebar pula rasa hati.
Saya cepat-cepat ke depan mengambil gambar PERMATA HATI BERSAMA SUAMI.  Wah cantik dan segak sekali. Terasa sebak sekejap.  Mereka masuk ke dewan.  Kakak pula mengheret ku bersamanya mengikut di belakang pengantin.  Wah bidan terjun ni...
Setelah pengantin naik ke pelamin saya pun kembali menyambung tugas menyambut tetamu bersama cucu kakak lelakicdan perempuan.  Lagaknya seperti orang dewasa melayani tetamu memberikan doorgift.  Abang baru sampai bersama keluarganya.  Saya sempat bergambar bersamanya dengan pengantin.  Sepatutnya dia merenjis pengantin tetapi kerana lewat sampai tempatnya diambilalih anak saudara ku yang sulung bersama isterinya manakala kakak saya seorang lagi yang sepatutnya naik bersama saya diganti dengan anak saudara sebelah abang ipar ku.  Kami berdua sebenarnya tidak tahu nak memulakan yang mana tapi agak kelakar kerana pengantin lelaki mengajar kami cara merenjis....he he he.
Sesi bergambar diteruskan.  Saya keletihan dan berehat sebentar di bilik rehat yang disediakan.  Rupanya masa inilah nama saya dipanggil untuk naik bergambar bersama keluarga.  Adoi terlepas sudah...Saya sempat memeluk PERMATA HATI dan tanpa disedari airmata mula membasahi pipi.  Tidak tahu mengapa perasaan ini tiba-tiba sedih dan sayu.  
Tetamu masih kelihatan masuk ke dewan...walau pun acara tamat.  Saya ke belakang untuk mengambil bekas puding.  Rupanya puding kastad yang dihidangkan ke pengantin tidak diletakkan kuah kastad sebaliknya dengan buah dan air buah.  Geram juga hati sebab berbuih terang kepada petugas bukannya seorang tetapi dua.  Baki puding dipotong dan diletakkan di luar dewan tanpa kuah.
Saya kembali ke rumah dengan keletihan yang teramat sangat.  Mengikut perancangan saya dan lain-lain keluar untuk makan malam tetapi dibatalkan kerana masing-masing keletihan kecuali deqdeq...
Keesokannya saya dan kawan pulang setelah menemui PERMATA HATI dan suaminya.. Untuk PERMATA HATI dan suaminya SELAMAT PENGANTIN BARU....

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4