KEK MINYAK

Kali pertama mencuba resepi ini kerana ia versi rice cooker.  Resepi ini saya perolehi dari fb. 

Malangnya setelah dimasukkan ke dalam rice cooker setelah periuk panas ia mengambil masa yang lama untuk membolehkan ia ditekan kali kedua dan berikutnya.  Saya menggelabah dan geram juga.  Setelah beberapa jam menunggu saya mengambil keputusan untuk mengalihkan adunan tadi ke dalam microwave atas syor dari kakak.  Bolehlah makan tetapi agak mengecewakan.

Saya tidak berputus asa.  Dengan menggunakan resepi yang sama saya meneruskan misi untuk kedua kalinya. Alhamdulillah sangat.  Sangat berpuashati.  Jadi di sini saya panjangkan resepi rakan fb untuk rakan di luar sana mencubanya.

Bahan-bahan:
5 biji telor ayam
1/2 cawan gula
1 sudu besar ovalette
2 cawan tepong naik sendiri
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak makan
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:
Putar telor, gula dan ovalette hingga naik dan kembang.

Kemudian masukkan susu pekat diikuti vanilla dan putar lagi.

Masukkan tepung diselang seli dengan minyak hingga habis.

Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.  Warnakan mengikut citarasa masing-masing.

Masukkan satu adunan secara tompokan satu persatu warna hingga habis satu lapisan.  Demikian seterusnya dengan lapisan kedua.

Bakar selama lebih kurang 45 minit bergantung kepada oven.

Selamat Mencuba...

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4