Percutian di Melaka

Idea percutian ini dicetuskan oleh Nana. Namun pada peringkat awal kami memilih Tanjung Piai, Johor yang merupakan penghujung Malaysia. Namun setelah melayari internet tidak banyak sangat tempat atau aktiviti yang boleh kami lakukan di situ mungkin sesuai bagi kaki pancing. Kami mengambil keputusan untuk mencari tempat lain. Ada yang mencadangkan Melaka dan beberapa destinasi lain. Kekangan dsri segi masa membuatkan kami memilih tempat percutian yang tidak terlalu jauh. Akhirnya kami memilih Melaka. Walau pun group ini pernah ke sana sebelum ini tetapi itu beberapa tahun yang lalu. Mungkin banyak perubahan setelah beberapa tahun berlalu. Setelah mendapatkan maklumbalas saya mula merancang tempat-tempat lawatan sepanjang di sana. Antaranya Muzium Kapal Selam, Muzium Kesultanan Melaka, Ducktour, Menara Tamingsari, River Cruise, Jonker Walk, Rumah Terbalik dan Muzium 3D. Agehan tugas mula diberi. Ads yang dipertanggungjawabkan menguruskan penginapan iaitu BUSTEL di Klebang. Agak menarik pada anggapan kami kerana keunikannya. Dalam tempoh perancangan dengan tarikh ke Melaka seorang demi seorang menarik diri dan saya hampir membatalkan percutian ini. Ada juga yang macam 50 50 antara tidak mahu pergi dan mahu pergi.

Sehari sebelum berangkat kami mengadakan perjumpaan. Semua yang memang berminat untuk mengikuti percutian ini diberi peringatan agar menjelaskan duit penginapan dan makan disamping membuat edaran tentatif lawatan. Kami juga meletakkan "SMILEY" pada cermin kereta depan dan belakang bagi memudahkan pergerakan kereta dapat dilihat dengan jelas.

Pada keesokan hari kami bergerak dan mula merasakan keseronokan. Masing-masing menggunakan aplikasi waze. Kami memilih jalan Felda Palong. Berhenti makan tengahari sekejap. Sampai ke Melaka dalam pukul 5.30 petang. Setelah urusan check in selesai diuruskan oleh dua orang yang dipertanggungkawabkan, kami diberi kunci bas. Kami menuju ke kereta dan memandu memasuki pagar serta meletakan kereta di sebelah bas penginapan. Setiap bas ada nama tersendiri. Bas penginapan saya adalah Alor Gajah. Memandangkan kunci yang diberi adalah bas lain tidak sama dengan kunci bilik satu lagi saya meminta untuk menginap di bas yang sama untuk memudahkan kakak dan saya berurusan. Kalau ada yang terasa hati harap maaf. Di dalam bas, bilik hadapan ada satu katil besar manakala di bilik bahagian belakang mempunyai dua katil kecil. Yang lain semuanya sama iaitu meja solek, tv kecil, almari baju, penghawa dingin, dua plug dan telefon. Bilik air pun ok. Cuma bagi yang badan bersaiz besar mungkin tidak selesa kerana agak sempit ruang yang ada untuk solat. Untuk makluman sejadah disediakan termasuk tuala dan selimut. Pendekata lengkap segala keperluan seperti bilik hotel. Cuma siaran tv bagi bilik saya yang terletak di bahagian belakang agak kurang jelas siarannya namun begitu bagi bilik di bahagian hadapan jelas siaran tv. Di sisi bas berhampiran tayar hadapan turut disediakan paip mungkin bagi yang mandi manda di pantai atau yang bermain air boleh membasuh kaki di situ. Selepas maghrib kami menuju ke deretan bas yang disusun sepanjang jalan. Bas-bas ini dijadikan restoren. Kanopi diletakkan di hadapan sisi bas untuk pelanggan menjamu selera. Kami memilih bas pertama.









 Tempahan makanan dibuat mengikut citarasa masing-masing. Sedap masakan di sini khususnya western food seperti chicken chop. Kami kemudian bergerak ke BANDAR HILIR untuk River Cruise.

Hem rasanya dah tiga kali naik ni..tetapi kerana pergi secara berkumpulan saya ikut sama. Kita tidak boleh ikut rasa hati kita jer kalau tidak baik pergi secara bersendirian. Agak seronok juga melihat kerenah penumpang sesekali menjerit kecil apabila air menerjah masuk. Cuma saya kurang berpuashati dengan bau di satu tempat yang kurang enak. Rasa nak muntah pun ada. Selesai river cruise kami menuju ke Jonker Walk. Di sini sempat saya membeli terompah kayu magnet dan terompah kayu untuk hiasan. Memang dari rumah lagi dah terfikir untuk membelinya sebagai pelengkap di sudut percutian saya. Majoriti penjual di sini adalah Cina.

Pada keesokan pagi kami berkemas dan check out. Sarapan pagi kami di kawasan Klebang iaitu di tepi jalan bahagian luar BUSTEL.


 Setelah berbincang, kami berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan memilih zoo manakala saya pula memilih Taman Mini Melaka. Sementara menunggu waktu masuk, saya dan yang lainnya bergambar. Rumah pertama kedua dan ketiga kami masuk tetapi kemudiannya dah tidak larat. Hanya bergambar di luar rumah sahaja. Di rumah Kedah saya dan kakak dibelanja oleh Permata Hati untuk mewarnakan lakaran batik yang telah siap di chanting. Harga bagi satu chanting RM12.00. Huh bukan main laju jer dua beradik ni menyatakan persetujuan untuk mencuba. Kami kemudian menuju ke teater yang terletak berhampiran yang akan memulakan persembahan dalam pukul 11 pagi. Seronok melihat persembahan kebudayaan sempatlah saya mengambil gambar dan video tarian. Diakhir persembahan saya, kakak, Permata Hati dan seorang lagi ahli kumpulan naik ke pentas menyertai kumpulan tarian. Kakak ku dan Permata Hati memang sangat sporting bab ini. Saya layan jer tetapi tidak tahulah kalau ada yang meluat dengan sikap sporting kami ni. Bak kata kakak ku kita nak enjoy dan happy.





 Selepas selesai kami menuju ke Bandar Hilir iaitu di bangunan Arkid hadapan bahtera. Walau pun saya tahu ada kedai asam pedas yang sedap tapi saya telah menyerahkan urusan makan kepada Baha. Maka saya turut sahaja tempat yang dipilihnya. Janji makan tidak mahu mengeruhkan keadaan. Memandangkan masing-masing penat, sudah tentulah ada yang hendak merehatkan badan. Jadi kami memilih untuk check in di hotel Sri Costa. Sempatlah berehat. Bolehlah menginap di sini. Kalau yang rasa mahu kan lebih selesa bolehlah pilih hotel mahal. Dalam percutian seperti ini kita perlu menerima dengan apa jua kemungkinan yang tidak dijangka. Entah kenapa kepala saya mula berdenyut. Setelah menelan pil saya baring sebentar agar cepat pulih. Petang saya dan beberapa orang ke rumah terbalik. Harga dalam RM15.00 seorang. Sementara menunggu masuk pekena cendul Melaka. Sedap!!!.rugilah sapa yang tidak turut serta. Sebaik masuk saya dapati hanya ada dua ruang stau bilik sahaja. Satu ruang untuk ruang tamu, dapur dan meja makan. Satu ruang lagi untuk bilik tidur. Tidak berbaloi masuk. Bagi yang pernah ke rumah terbalik di Sabah di sana lagi menarik sebab rumah dia pun dalam bentuk terbalik. Dan di dalamnya memang meliputi sebuah rumah. Lengkap termasuk taman dan kereta yang diletakan terbalik di luar rumah. Tetapi untuk merasai dan mengetahui maka perbandingan dapat dibuat.




 Malamnya kami bersiap-siap pula untuk keluar makan di Alai. Buah Hati secara sukarela menawarkan diri menguruskan tempahan tempat dan makanan. Memandangkan saya telah menyerahkan bahagian makan kepada seseorang, saya memaklumkan perkara ini dan beliau menyatakan persetujuan kerana ia boleh menjimatkan masa kami nanti. Saya memaklumkan kepada Buah Hati. Sebenarnya saya bimbang dengan maklumbalas atau respon dari ahli kumpulan..tau taulah mesti ada suara2 yang sumbang namun alhamdulillah mereka memuji sedap dan bayaran yang dikenakan murah. Masing-masing terkejut dengan harga sedemikian. Tetapi macam biasalah saya terdengar ada satu suara sumbang. Biarlah pada saya biasalah sebab saya tahu kerana apa.... Memandangkan ada yang tidak sempat ke Jonker Walk kami tidak boleh berlengah di sini. Selesai makan kami kembali ke hotel sebentar. Saya kemudiannya mengikut Buah Hati untuk berjumpa dengan ALAN TYPEWRITER di kedainya di kawasan Jonker Walk. Wah sempat lagi kami mengambil gambar mural dalam perjalanan mencari kedainya. Nak dijadikan cerita abang ipar saya jumpa kedai Alan Typewriter. Instinct kuat he he he. Alan menyambut kami dan menjemput kami masuk. Walau pun kedainya agak sempit tapi ada live band. Dia kemudiannya menyanyikan tiga lagu malam tu atas permintaan dari Buah Hati. Teratai adalah antara lagu yang didendangkan. Sedap sangat. Memandangkan esok kami akan bergerak pulang, kakak ku cadangkan pulang awal ke hotel dia bimbang adiknya ini mengantuk masa memandu nanti.





Pada keesokan paginya saya diasak dengan mesej menyatakan tidak mahu menyertai program ke Muzium 3D, ada yang nak tidur je pagi tu dan mesej saya bolehlah pergi semua aktiviti yang dirancang sebab banyak duit. Agak tidak boleh diterima alasan seperti itu kerana tentatif disediakan sekali dengan fee masuk bagi setiap tempat lawatan dan agak kesal juga dengan jawapan nak tidur sebab kalau nak tidur tidak payahlah ikut lawatan ke Melaka. Maka setelah puas berfikir saya mengambil keputusan agar aktiviti hari itu dibatalkan. Terpulang masing-masing. Bagi mengisi aktiviti bebas saya dan lain-lain yang menghargai masa di sana menuju ke Muzium Kesultanan Melaka. Sempat saya merakamkan gambar sebagai kenangan di Farmosa dan di Muzium Kesultanan Melaka.





 Tepat pukul 12 kami berkumpul di lobi untuk check out. Terus ke kedai untuk makan tengahari dengan menu utama asam pedas di kedai Perhentian Kuih Kampung. Di sini yang bestnya ikan dihidangkan untik setiap orang atas pilihan masing-masing. Kuih muih pun banyak dan sedap. Kami kemudian menuju ke Rumah Hang Tuah. Cantik sangat. Setelah selesai dan memandangkan hari pun hampir pukul 3 petang kami mengambil keputusan untuk pulang. Terima kasih kepada semua yang menyertai lawatan kali ini. Terima kasih kerana tiga hari dua malam membongkar personaliti seseorang mana yang betul-betul ikhlas dan bermula-muka. Terima kasih abang ipar, kakak, Permata Hati dan Buah Hati yang sudi meluangkan masa bersama. Rasanya serik untuk meneruskan percutian seperti ini lagi.....




Comments

  1. CC....ini pgalaman yg paling best...yg suare2 sumbang tu kite biarkan jela cc..
    nanti kite plan ke lain tnpa suara2 sumbang tersebut ye....
    yg pentg famili cc mmg sporting..seriusly terus leh jdi kwn dgn yana anti ros uncle dan opie...thnks cc sebab sudi ikot plan mommy ni..heheh tanjat boboi ade nama mommy awal2 lg..hahah..muah ciked..syg cc sgt2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4