Posts

Showing posts from June, 2014

RAMADAN DATANG LAGI

Pejam celik pejam celik telah dua kali ramadan saya menyambutnya bersama kakak di Kuala Lumpur setelah pemergian kedua-dua orang yang disayangi. Tapi Ramadan kali ini agak berbeza kerana menyambut ramadan pertama di Kuala Lumpur.  Persiapan menghiasi rumah tidak dilupakan walau pun tidak beraya di rumah sendiri tetapi persiapan ini tetap dilakukan sepertimana sebelum pemergian orang-orang yang disayangi.  Cuma dua kali ramadan yang lalu ianya tidak dilakukan kerana ketidak upayaan melakukan dari segi mental..masih dalam kesedihan.  Cuma timbul kesedaran di hati ini kehidupan perlu diteruskan dan perlu membangkitkan semula suasana sepertimana sebelumnya.  Tidak bermakna kesedihan telah luput dari ingatan.  Semakin ramadan hampir semakin aidil fitri hampir semuanya mengumpul banyak kenangan yang tidak mungkin luput dari ingatan. Langsir raya tahun ini ditukar sekadar membeli yang telah siap.  Warna langsir adalah warna kegemaran arwah kakak iaitu purple... Semoga tiada lagi yang melon

BERCUTI DI PULAU TIOMAN

Image
Kali ini destinasi percutian saya adalah di Pulau Tioman.  Percutian ini telah lama dirancang.  setelah beberapa kali perbincangan saya bersama ahli keluarga yang lain, Permata Hati memulakan langkahnya dengan melayari internet untuk mencari penginapan kerana sebelum ini penginapan di Tekek iaitu  Pesona telah penuh.  Akhirnya dengan persetujuan semua penginapan di SELESA menjadi pilihan kami.  Ianya adalah kondominium dua bilik dan untuk ke situ melalui BERJAYA RESORT.  Saya pula membeli tiket di Terminal Feri Tanjung Gemok, Endau.  Harga tiket pergi balik RM70.00.  Senang beli terus.  Memandangkan tiket  jam 11 pagi dah penuh dan saya tidak mempunyai pilihan lain jadi saya membeli tiket jam 6.00 pagi.  Bererti perlu berada di jeti jam 5.30 pagi.  Untuk ke sana dari rumah selewat-lewatnya jam 5.00 pagi. Kalau se awal itu bererti saya perlu memikirkan menu untuk sarapan pagi kerana rasanya tiada kedai makan buka se awal itu.  Saya juga telah menempah brownies dan tembosa untuk Perma

MENGHARGAI DAN DIHARGAI

Sepanjang melalui liku-liku kehidupan dari  beberapa fasa usia iaitu dari bayi, kanak-kanak (yang belum mengerti dan memahami apa-apa) kepada fasa kedua iaitu remaja seterusnya fasa ketiga iaitu dewasa dan kemudian akan melalui fasa terakhir iaitu warga emas banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan. Wallahualam. Sesungguhnya kehidupan kita amat cantik...masyallah. Menurut arwah ibu sewaktu kami menuju Kuala Lumpur sekeluarga di kala itu saya masih bayi lagi saya asyik menangis sepanjang perjalanan hingga memaksakan pemandu menghentikan kenderaan.  Setelah diperiksa rupanya tayar kereta hampir pancit.  Subhanallah sesungguhnya allah memberikan peluang kepada hamba mu untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Di zaman kanak-kanak sangat seronok kerana semua keperluan disediakan secukupnya. Tidak perlu fikir apa-apa.  Setiap sebulan sekali abah (arwah) akan membawa kami sekeluarga menjamu selera di luar.  Bagi kami anak-anaknya merasa sungguh gembira.  Pada setiap kali raya menjel