MENGHARGAI DAN DIHARGAI

Sepanjang melalui liku-liku kehidupan dari  beberapa fasa usia iaitu dari bayi, kanak-kanak (yang belum mengerti dan memahami apa-apa) kepada fasa kedua iaitu remaja seterusnya fasa ketiga iaitu dewasa dan kemudian akan melalui fasa terakhir iaitu warga emas banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan. Wallahualam.

Sesungguhnya kehidupan kita amat cantik...masyallah.

Menurut arwah ibu sewaktu kami menuju Kuala Lumpur sekeluarga di kala itu saya masih bayi lagi saya asyik menangis sepanjang perjalanan hingga memaksakan pemandu menghentikan kenderaan.  Setelah diperiksa rupanya tayar kereta hampir pancit.  Subhanallah sesungguhnya allah memberikan peluang kepada hamba mu untuk berbakti kepada kedua orang tuanya.

Di zaman kanak-kanak sangat seronok kerana semua keperluan disediakan secukupnya. Tidak perlu fikir apa-apa.  Setiap sebulan sekali abah (arwah) akan membawa kami sekeluarga menjamu selera di luar.  Bagi kami anak-anaknya merasa sungguh gembira. 

Pada setiap kali raya menjelang ibu (arwah) akan menghulurkan duit RM50.00 seorang untuk memilih sendiri pakaian di kedai.  Pada waktu dan masa itu sudah cukup untuk membeli baju "readymade". Manakala persiapan kuih raya penuh meja dibuat sendiri ibu (arwah).  Masih jelas terbayang keriuhan menjelang raya.  Marhaban dan berzanji  memeriahkan lagi suasana di pagi raya.  Suasana itu sudah tidak dapat dirasai sekarang. 

Khatam al quran sewaktu kecil adalah satu pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.  Ini adalah hasil usaha kedua orang tua menghantar anaknya mengaji di surau berhampiran.   Terima kasih kepada abah dan emak. Hasilnya telah boleh dituai dan menjadi bekalan mu di sana dengan diiringi doa yang berterusan dari anak-anak mu. 

Setelah melangkah ke alam remaja pelbagai ujian di lalui.  Fitnah melanda diri ini.  Syukur alhamdulillah ibu (arwah) tetap ada di belakang , memberikan kekuatan dan melawan tohmahan yang tidak berasas.  Menyedarkan diri ini agar membina jati diri dengan lebih kuat.  Semangat mu dan pegangan mu memberi kekuatan hingga kini.  Itulah satu-satunya harta yang tidak ternilai dari mu.  Kamu menjadi guru kepada anak mu. Mengajar agar berani dan cekal. 

Pemergian  abah mengajar ku erti kehilangan buat pertama kali dalam hidup ini.  Rasa sedih yang belum pernah dirasai sebelum ini.  Pengalaman yang amat memilukan.  Tetapi lebih terasa bila ibu menyusul kemudian.  Setiap waktu, hari, sudut dan tempat mengingatkan ku detik bersamanya.  Tawa dan rajuknya masih segar diingatan.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.  Setelah pemergian seorang demi seorang yang disayang pelbagai perkara di luar kotak fikiran mula menular secara perlahan.  Kadang-kadang lain yang diharap lain pula jadinya.  Rupanya itulah realitinya yang tersembunyi selama ini.   Hanya dek kerana sesuatu manusia hilang pertimbangan. Hilang rasa hurmat,  mencalarkan maruah diri di laman buka buku.  Sungguh menggores hati di atas  kebiadapan itu .  Hanya allah tempat untuk mengadu.  Mungkin di satu hari nanti allah akan  memberi taufik  dan hidayah.

Sesungguhnya  dalam kehidupan  ini kita perlu menghargai dan  dihargai:
- Masa bersama kedua orang tua semasa hayatnya
- Masa menghadiahkan bacaan yassin  dan doa semasa ketiadaan ibu bapa (arwah)
- Menghurmati orang lain
- Menjaga hati dan perasaan orang lain
- Menggunakan bahasa yang sopan sewaktu berbicara
- Menggunakan akal bukan perasaan

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4