Posts

Showing posts from May, 2015

IHYA' ULUMUDDIN (BAB 11)

Image
Assalamualaikum, Kali ini saya hendak kongsikan bahan bacaan yang saya pinjam dari sahabat, tajuk buku ialah IHYA' ULUMUDDIN.  Agak kelakar saya kongsikan terus bab 11.  Insyallah sekiranya saya berpeluang dan diizinkan Allah saya akan kongsikan bab 1-10.  Pertama kali terbuka pintu hati untuk kongsikan bahan bacaan berkaitan keagamaan sebelumnya saya kongsikan resepi dan pengalaman ke sesuatu destinasi bersama keluarga.  Saya hanya mencatat dalam bentuk yang ringkas. A. PERKARA-PERKARA YG HARUS DIPERHATIKAN OLEH SESEORANG TENTANG MAKAN 1. ADAB-ADAB SEBELUM MAKAN a. Makanan hendaklah halal. b. Membasuh kedua-dua tangan. c. Berniat makanan akan menguatkan diri dalam menjalankan segala amalan-amalan ibadat dan ketaatan kepada Allah SWT. (berhenti makan sebelum kenyang) d. Rela dan merasakan cukup dengan apa yang dihidangkan dihadapannya. e. Bersungguh-sungguh agar dapat makan bersama orang ramai (keluarga, kawan-kawan, anak-anak dll) 2. ADAB-ADAB SEWAKTU MAKAN 1. Memulakan

SATU KEJUTAN YANG DIJANGKA

Image
Kali ini saya ingin menceritakan satu kisah yang berlaku sewaktu saya hendak ke Pulau Pinang. Saya ke Kuala Lumpur menaiki bas Transnasional jam 1.30 petang.  Sampai di Terminal Bas TBS jam 6.30 petang.  Saya mencari-cari kelibat kakak dan kelihatan dia duduk di Balai Ketibaan.  Saya kemudiannya terus dibawa ke Publika katanya menunggu isteri PUTERA HATI di situ.  Ala rasanya dia orang ini nak celebrate hari lahir ku.  Naluri saya mengatakan begitu tapi tidak berani mengatakannya. Saya dan kakak menunggu mereka agak lama juga alasan menunggu PERMATA HATI selesai bertugas.  Sementara menunggu kami masuk ke kedai DAISO kalau sebelum GST kami sebut kedai RM5.00 tapi sekarang dah jadi RM5.40.  Macam juga kedai RM2.00 sudah jadi RM2.12.  Baru hendak memilih kedengaran makluman bahawa kedai akan ditutup.  Sempatlah membeli kerusi lipat yang sesuai dibawa ke pusara. Saya kemudiannya menuju terus ke kedai makan dan kelihatan PERMATA HATI dan BUAH HATI telah menunggu.  Sebentar kemudian kel

PERCUTIAN SINGKAT KE PULAU PINANG/

Image
Percutian ke Utara dirancang tetapi tidak serius.  Namun direalisasikan oleh PERMATA HATI dengan membuat tempahan tiket penerbangan secara On Line.  Memandangkan PERMATA HATI  tidak dapat mengambil cuti panjang maka kami hanya ada dua hari sahaja ke sana. Jam 3.00 pagi kami bersiap-siap ke KL SENTRAL.  Kami dihantar oleh BUAH HATI jam 4.00 pagi.  Terus menuju ke tempat bas untuk ke KLIA2.  Tambang yang dikenakan adalah RM10.00 seorang.  Sampai di situ kami check in barang agar memudahkan.  Memandangkan jadual penerbangan ditangguhkan ke jam 10 pagi kami memutuskan untuk mengalas perut terlebih dahulu.  Kami ke tingkat atas untuk sarapan pagi.   Menu pilihan kami adalah nasi lemak bersama air kopi dan teh.  Dalam masa yang sama PERMATA HATI dan ayahnya ke kaunter pertanyaan untuk tujuan pengesahan waktu penerbangan.  Semasa saya dan kakak mula menjamah makanan PERMATA HATI memaklumkan penerbangan mengikut jadual 8.15 pagi. Apalagi kami cepat-cepat mengalas perut.  Nasib baik urusan ch