SATU KEJUTAN YANG DIJANGKA

Kali ini saya ingin menceritakan satu kisah yang berlaku sewaktu saya hendak ke Pulau Pinang.

Saya ke Kuala Lumpur menaiki bas Transnasional jam 1.30 petang.  Sampai di Terminal Bas TBS jam 6.30 petang.  Saya mencari-cari kelibat kakak dan kelihatan dia duduk di Balai Ketibaan. 

Saya kemudiannya terus dibawa ke Publika katanya menunggu isteri PUTERA HATI di situ.  Ala rasanya dia orang ini nak celebrate hari lahir ku.  Naluri saya mengatakan begitu tapi tidak berani mengatakannya.

Saya dan kakak menunggu mereka agak lama juga alasan menunggu PERMATA HATI selesai bertugas.  Sementara menunggu kami masuk ke kedai DAISO kalau sebelum GST kami sebut kedai RM5.00 tapi sekarang dah jadi RM5.40.  Macam juga kedai RM2.00 sudah jadi RM2.12.  Baru hendak memilih kedengaran makluman bahawa kedai akan ditutup.  Sempatlah membeli kerusi lipat yang sesuai dibawa ke pusara.

Saya kemudiannya menuju terus ke kedai makan dan kelihatan PERMATA HATI dan BUAH HATI telah menunggu.  Sebentar kemudian kelihatan PUTERA HATI bersama isteri, anak dan kawannya sampai.

Masing-masing membuat pesanan makanan.  Kami makan dan sembang seperti biasa.  Anak PUTERA HATI seperti biasa menyaksikan POCOYO dia. Kemudian dia didukung oleh abang ipar ku dan membawanya ke kawasan persekitaran.  Seperti biasa dia tetap dengan muka selamba. Payah betul nak senyum walau pun pelbagai cara dilakukan.  Ia hanya akan senyum hanya dengan orang tertentu sahaja sepeeti ayah dan ibunya, BUAH HATI dan atuk Wiwit.

PERMATA HATI dan BUAH HATI mula membuka kotak kecil di hadapannya sambil tersenyum.  Hem dalam hati saya dah agak dah..sempat saya membisikan di telinganya malulah..PERMATA HATI  membalas bisikan saya sambil berkata ala kita orang tidak nyanyi kuat.

Setelah kotak kek dibuka dan diletakkan lilin pada kek berkenaan saya pun diminta meniupnya sambil diiringi nyanyian Happy Birthday....sporting je le..

Setelah itu kek di potong dan PERMATA HATI memberikan sebahagian kepada pekerja di kedai makan tersebut.

Terima kasih semua kerana sudi meraikan hari kelahiran saya dan meluangkan masa.  Terharu tapi maintain macam biasa. He he lakonan mantap.

Setelah selesai makan kami pun bergerak pulang. Masing-masing mengucapkan Happy birthday .  Esok PERMATA HATI bawa saya jalan-jalan ke Pulau Pinang.  Ikuti siri berikutnya.

Alhamdulillah..

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4