PERCUTIAN SINGKAT KE PULAU PINANG/

Percutian ke Utara dirancang tetapi tidak serius.  Namun direalisasikan oleh PERMATA HATI dengan membuat tempahan tiket penerbangan secara On Line.  Memandangkan PERMATA HATI  tidak dapat mengambil cuti panjang maka kami hanya ada dua hari sahaja ke sana.

Jam 3.00 pagi kami bersiap-siap ke KL SENTRAL.  Kami dihantar oleh BUAH HATI jam 4.00 pagi.  Terus menuju ke tempat bas untuk ke KLIA2.  Tambang yang dikenakan adalah RM10.00 seorang. 

Sampai di situ kami check in barang agar memudahkan.  Memandangkan jadual penerbangan ditangguhkan ke jam 10 pagi kami memutuskan untuk mengalas perut terlebih dahulu.  Kami ke tingkat atas untuk sarapan pagi.   Menu pilihan kami adalah nasi lemak bersama air kopi dan teh.  Dalam masa yang sama PERMATA HATI dan ayahnya ke kaunter pertanyaan untuk tujuan pengesahan waktu penerbangan.  Semasa saya dan kakak mula menjamah makanan PERMATA HATI memaklumkan penerbangan mengikut jadual 8.15 pagi. Apalagi kami cepat-cepat mengalas perut.  Nasib baik urusan check in telah dibuat awal.  Kami semua bergerak ke balai berlepas.  sesampai sahaja di situ tidak beberapa lama kami diminta beratur untuk masuk ke pesawat Airasia. 

Penerbangan mengambil masa 55 minit sahaja. Sampai di Penang kami singgah sebentar di Nasi Kandar Line Clear yang terletak di aras bawah.  Kami mula memilih makanan nasi putih dan lauk mengikut selera masing-masing.  Harga boleh tahan sepinggan ada yang mencecah RM21.00.  Nasi putih, ayam goreng seketul, telor sotong dan sayur kobis.  Kalau di kedai biasa RM10.00 - RM12.00.  Terkejut bila tengok bil. 

Selesai makan kami bergerak menaiki bas no. 401E untuk ke jeti. Kali pertama kami menaiki bas rapid.  Tiket harga RM2.70 seorang.  Serban tangan sebab perjalanan agak jauh.  Sampai jeti kami menuju ke jeti.  Pengalaman pertama berjalan kaki untuk menaiki Feri.  Bagi yang tidak kuat berjalan kasihan juga kerana perlu berjalan mengikut laluan yang ditetapkan.  Terdapat deretan kerusi menunggu disediakan.  Memandangkan dahaga, kami membeli air yang ada dijual.

Sebaik Feri sampai kami diarahkan memasuki Feri.  Disediakan kerusi di tengah-tengah. Manakala kereta di bahagian kiri dan kanan.  Kami mengambil kesempatan mengambil gambar.  Sebaik sampai ke Bagan Butterwoth kami diarah keluar terlebih dahulu.  Disitu terdapat shuttle sedia menanti yang membawa kami ke stesyen bas dan teksi. 

Kemudian kami menuju ke stesyen bas yang terletak bersebelahan.  Kami menaiki bas rapid 603 dengan harga tiket RM2.70.  Sempat melelapkan mata sekejap. Kepenatan....

Sampai di Penaga kami berehat sebentar sebelum dijamu dengan makan tengahari. Lauk ikan masin masak gulai, ayam masak kicap, sambal belacan serta sayur. Air minumnya pula adalah air kelapa dicampur limau.  Pencuci mulut pula kuih lopes yang dibuat sendiri oleh tuan rumah.  Sedap. Alhamdulillah rezeki jangan di tolak. Selesai makan mata pun mula berat...tapi disebabkan keletihan sempat terlelap sekejap.  Sebelum bergerak ke Ampangan Height kami sempat bergambar di bendang.  Terasa keindahan dan kedamaian. 

Kami kemudiannya ke Ampangan Heighhts dihantar oleh anak tuan rumah di Tesco.  Dari situ kami dijemput oleh anak kakak untuk ke rumahnya.  Sempat terlelap lagi hingga maghrib.  Selepas makan malam terus lelap. 

Keesokan pagi saya dan lain-lain menikmati minum pagi nasi lemak, meehoon goreng dan roti canai.  Sempat saya dihadiahkan sepasang kasut CLARKS. Terima kasih daun keladi nanti boleh bagi lagi...

Saya dan lain-lain singgah sebentar di Restoran Nasi Kandar Hussain.  Melihat lauknya sama seperti di Airport.  Saya menjadi phobea untuk mengambil lauk.  Menurut kakak harga di sini berpatutan jangan risau.  Untuk mengambil nasi dan lauk perlu beratur panjang.  Mesti sedap sebab kelihatan pelanggan memenuhi ruang yang ada.

Kami seterusnya menuju ke Airport.  Sempat singgah sebentar di Kedai Pak Ali yang menjual buah pala dan lai-lain.  Kedai Pak Ali memang popular di sini.  Saya membeli untuk anak buah di pejabat. Saya dapati banyak perubahan ketara berbanding berapa tahun yang lalu. Namun kedai-kedai yang rekabentuk lama dikekalkan.  Banyak tempat tidak sempat saya lawati.  Teringat saya pernah ke sini menghadiri rombongan jabatan melawat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian.  Sempat melawat Menara Komtur dan Bukit Bendera.

Kami terus menuju ke Airport.  Sampai sahaja kami terus check in.  Dan sempat bergambar sementara menunggu.  Kapalterbang yang dinaiki pulang ke Kuala Lumpur adalah MALINDO.  Peramugari berpakaian kebaya putih bersama kain batik.  Peramugara pula berpakaian bewarna hitam.  Dalam perjalanan kami dihidangkan sebungkus kecil biskut bersama satu gelas kecil air mineral.  Alhamdulillah.  Cuma bezanya MALINDO tidak sediakan makanan seperti AIRASIA.  Sewaktu perjalanan balik terasa sedikit gegaran tetapi hati kembali merasa lega setelah dimaklumkan kami melalui awan dan cuaca pun baik.
Kami selamat sampai.

Saya dan PERMATA HATI membeli tiket bas ke KL Sentral.  Harga tiket RM10.00 seorang.  Kami menaiki bas sambil makan kek dan roti yang sempat dibeli di KLIA2 sambil masing-masing update status di laman Instagram, FB dan whatsapp.  Sampai KL Sentral kami menunggu kereta sampai yang dipandu oleh BUAH HATI. Kami kemudian terus ke kedai makan Restoran Niara..perut mula terasa lapat dan mata mula mengantuk.  Di SRI NIARA menu kegemaran saya ikan kembung tiga rasa..memang sedap. 

Sampai di sini sahaja kisah perjalanan yang merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.  Walau pun penat tetapi menyeronokkan.  Walau pun singkat ianya bermakna erti satu ikatan kekeluargaan.





Comments

  1. Bestkan trip ni walaupun singkat masanya tapi seronok.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4