IHYA' ULUMUDDIN (BAB 11)

Assalamualaikum,

Kali ini saya hendak kongsikan bahan bacaan yang saya pinjam dari sahabat, tajuk buku ialah IHYA' ULUMUDDIN. 

Agak kelakar saya kongsikan terus bab 11.  Insyallah sekiranya saya berpeluang dan diizinkan Allah saya akan kongsikan bab 1-10.  Pertama kali terbuka pintu hati untuk kongsikan bahan bacaan berkaitan keagamaan sebelumnya saya kongsikan resepi dan pengalaman ke sesuatu destinasi bersama keluarga.  Saya hanya mencatat dalam bentuk yang ringkas.

A. PERKARA-PERKARA YG HARUS DIPERHATIKAN OLEH SESEORANG TENTANG MAKAN

1. ADAB-ADAB SEBELUM MAKAN
a. Makanan hendaklah halal.
b. Membasuh kedua-dua tangan.
c. Berniat makanan akan menguatkan diri dalam menjalankan segala amalan-amalan ibadat dan ketaatan kepada Allah SWT. (berhenti makan sebelum kenyang)
d. Rela dan merasakan cukup dengan apa yang dihidangkan dihadapannya.
e. Bersungguh-sungguh agar dapat makan bersama orang ramai (keluarga, kawan-kawan, anak-anak dll)

2. ADAB-ADAB SEWAKTU MAKAN
1. Memulakan dengan ucapan Bismillahhirrohmanirrahim dan akhiri dengan Alhamdulillahi rabbil alamin.
2. Ucapan di atas hendaklah dgn kuat supaya orang lain yang terlupa akan mengikutnya.
3. Hendaklah menggunakan tangan kanan.
4. Hendaklah memperkecilkan suapan.
5. Hendaklah memperelok kunyahan.
6. Selagi makanan dalam mulut belum habis ditelan, jangan mengambil makanan lain. 
7. Jangan mencela makanan yang ada.
8. Hendaklah mengambil makanan yang ada berhampiran dengan kita kecuali makanan berupa buah-buahan.
9. Di atas roti atau nasi janganlah diletakkan kuah atau lauk melainkan sekadar yang akan dimakan sahaja.
10. Janganlah sekali-kali mengusap tangan dengan roti atau nasi.
11. Jangan meniup makanan yang masih panas.
12. Jangan mengumpulkan antara kurma dengan bijinya dalam tempat yang sama.
13. Jangan biarkan makanan yang kurang baik (basi) dibiarkan tertinggal atau diletakkan dalam piring bersama makanan yang baik.
14. Semasa makan jangan terlalu banyak minum air kecuali terlekat makanan atau terlalu haus.

3. ADAB KETIKA MINUM
1. Mengambil gelas dengan tangan kanan dan ucapakan Bismillahirrahmanirrahim.
2. Hendaklah minum secara perlahan.
3. Jangan minum sambil berdiri atau berbaring.
4. Gelas diperiksa terlebih dahulu sebelum diisi minuman dan meminum.
5. Jangan sendawa atau bernafas dalam gelas. Jauhkan sedikit gelas dan ucapkan Alhamdulillahhirrabbilalamin.  Kalau masih ingin minum mulakan semula dengan bacaan Bismillah...
6. Gelas mahupun apa saja yang diedarkan hendaklah menggunakan tangan kanan.

4. PERKARA SUNAT SESUDAH MAKAN

1. Berhenti makan sebelum kenyang.
2. Membasuh kedua tangan  dengan air yang bersih.
3. Membersihkan makanan yang ada di celah-celah gigi lalu membuang.
4. Bersyukur kepada Allah dalam hati atas segala makanan yang telah dihabiskan.
5. Sekiranya makanan yang disedekahkan oleh orang lain, berdoalah kepada orang yang memberikan makanan.
6. Hendaklah memperbanyakkan istighfar dan merasa sedih hati makan sesuatu yang shubhat.
7. Selesai makan disunatkan membaca:
"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan dan minuman kepada kami, telah mencukupkan keperluan kami dan memberikan tempat yang layak untuk kami".

5. ADAB MAKAN BERSAMA

1. Jangan memulakan makan terlebih dahulu apabila ada orang lain yang layak memulakannya. ( orang yang lebih tua, kedudukan lebih tinggi dll).
2. Sewaktu makan sebaik-baik jangan berdiam diri sahaja. Boleh bercakap perkara yang baik.
3. Mengingatkan kawan-kawan yang makan berhampiran mengenai lauk pauk yang ada. Jangan makan melebihi daripada sepatutnya.
4. Jangan bersikap seolah-olah kawan sangat memerlukan makanan. Di larang memerhati kawan kita yang sedang makan.  Biasakan diri mengamalkan adab yang baik sewaktu makan berseorangan supaya sewaktu makan bersama orang ramai tidak perlu lagi melakukan sesuatu yang dibuat-buat.
5. Membasuh tangan di dalam bekas tidak menjadi halangan. Sebaik-baik menuangkan air di tangan tetamu adalah tuan rumah.
6. Jangan melihat kawan sewaktu makan dan memerhati cara mereka makan. Ini mungkin memalukan mereka.  Jangan berhenti terlebih dahulu sebelum kawan berhenti.  Ambillah makanan secara sedikit-sedikit sehingga semua selesai makan.
7. Jangan sekali-kali melakukan sesuatu yang menyebabkan timbul kejijikan kepada orang lain.

B. KEUTAMAAN MENGHIDANGKAN MAKANAN KEPADA TETAMU DAN ADAB-ADABNYA

Memberikan hidangan kepada kawan amat besar keutamaan. 

C. ADAB-ADAB MENGHIDANGKAN MAKANAN

1. Jangan memaksa diri. (Menghidangkan segala yang ada sehingga keluarganya sendiri menjadi kekurangan dan menyebabkan kekecewaan).
2. Tetamu jangan seseklai mengusulkan atau menentukan sesuatu yang diingini kerana mungkin permintaan itu menyukarkan tuan rumah untuk menyediakannya. 
3. Dibolehkan tuan rumah menyatakan keinginannya dan bertanya tetamu apa-apa yang digemari tetamu. 
4. Hidangkan apa yang ada sahaja.

D. BEBERAPA MASALAH

1. Makan dan minum dengan bersandar adalah makruh.
2. Disunatkan makan dulu sebelum mendirikan solat.

E. UNDANGAN DAN JAMUAN

1. UNDANGAN
a. Orang yang mengundang mengutamakan orang yang bertakwa bukan orang fasiq.
b. Jangan mengkhususkan orang-orang kaya sahaja.
C. Jangan meninggalkan kaum keluarga falam undangan tersebut.
d. Jangan ada maksud hendak berbangga atau bermegah-megah. Tetapi tujuan utama ialah merapatkan hubungan dgn semua kawan dan memberi kegembiraan dalam jiwa seluruh kaum muslimin.

2. IJABAH
a. Jangan mementingkan orang kaya dengan mengenepikan orang fakir.
b. Jangan menolak undangan disebabkan jarak perjalanan yang jauh.
c. Jangan menolak undangan kerana seseorang itu berpuasa.  Sebaik-baik hendaklah berbuka.
d. Hendaklah orang yang di undang tidak memenuhi apabila makanan yang disediakan itu adalah makanan yang shubhat.
d. Dalam memenuhi undangan jangan bermaksud hendak memuaskan keinginan perut.

3. KEHADIRAN
a. Hendaklah pada waktu memasuki rumah jangan menunjuk-nunjuk agar dapat memperolehi tempat yang baik atau yang dianggap layak untuk dirinya.
b. Jangan menunggu terlalu lama tetapi tidak pula bersegera meninggalkan majlis.
c. Sekiranya sudah ditunjukan tempat yang disediakan untuknyajangan sekali-kali menyalahinya mungkin tuan rumah menyediakan tempat itu menurut cara sendiri.
d. Jangan duduk berhadapan pintu bilik dikhususkan untuk wanita atau tabir.
e. Jangan sekali-kali melihat tempat makanan (ketamakan).
f. Bercakap-cakap dengan orang yang berdekatan dengan tempat duduknya sahaja.
g. Apabila ada tetamu bermalam, tuan rumah hendaklah menunjukkan arah kiblat untuk bersolat, tempat mandi, bili air dan tempat berwuduk.
h. Tuan rumah hendaklah membasuh tangan terlebih dahulu sebelum orang lain sebelum makan,  juga orang terakhir selesai makan serta jangan mendahului tetamu.
i. Seorang tetamu bila melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dan memberikan peringatan dengan cara yang baik dan meninggalkan majlis.

4. HIDANGAN
a. Menyegerakan hidangan kerana memuliakan tetamu.
b. Menertibkan hidangan dengan mengeluarkan buah-buahan terlebih dahulu kalau memang ada disediakan. 
c. Menghidangkan makanan yang lazat
d. Jangan   tergesa-gesa mengangkat hidsngsn sebelum tetamu merasa cukup dan puas.
e. Makanan yang dihidangkan hendaklah mencukupi sesuai dengan orang yang diundang.

5. KEPULANGAN

a. Tuan rumah hendaklah keluar dengan tetamunya sampai pintu rumah. Sentiasa menunjukkan muka yang jernih.
b. Tetamu mestilah menunjukkan sikap penuh sopan dan dengan wajah yang ceria.  Walau pun apa yang diterima banyak kekurangan.
c. Tetamu jangan sekali keluar melainkan dengan izin dan keredaan tuan rumah. Jika bermalam hendaklah jangan melebihi tiga hari.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4