PUDING TRIFLE

Bahan-bahan:
1 paket Jelly nona
2 gelas air
1 batang bahulu gulung
1 tin susu
2 sudu gula pasir
1 tin kecil buah  campuran
1/4 paket butter
2 sudu kastad
Cara membuat:
Bahulu gulung dipotong dan disusun dalam bekas bulat lutsinar.
Tuang air buah ke atas bahulu dan tabur buah di atasnya.
Masak jelly dan air hingga mendidih.
Tuang ke atas bahulu.
Masak butter, gula dan susu cair serta kastad.  Kacau hingga pekat.
Tuangkan ke atas jelly tadi.
Tabur dengan lebihan buah tadi di atasnya.  Sejukkan dalam peti sejuk.
Kenangan:
Resepi ini diberi oleh seorang sahabat.  Arwah kakak amat suka sekali dengan puding triffle ini.  Cubalah sekiranya tiada bahulu gulung boleh digantikan dengan kek biasa.  Potong-potong dan susun di dalam bekas. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4