SATU KEJUTAN (BAHAGIAN II)

Tahun ini sempena Hari Lahir ku kejutan demi kejutan ku terima.  He he kali ini oleh seseorang yang sudah ku anggap seperti keluarga ku sendiri.  Namanya kejutan tapi telah memaklumkan kepada ku awal-awal lagi nak belanja makan sempena Hari Lahir ku. 

Di saat-saat akhir baru dimaklumkan, mereka turut menempah birthday cake TETAPI Kek tidak  siap...tulah kejutan tidak menjadi. Nak buat macamana...

Sampai di kedai makan kegemaran ku kami pun  membuat pesanan mengikut selera masing-masing.  Sampai je makanan dan minuman perkara pertama ambil gambar untuk dihantar ke Permata Hati atas desakan seseorang.  Dalam hati terdetik juga mengapa ia beria-ia suruh Whatsapp gambar makanan dan minuman.  Setelah gambar berjaya dihantar barulah dia pecah  RAHSIA bahawa dia hanya menjadi orang tengah menguruskan makan dan minum petang ni.   Setelah didesak baru dia maklumkan bahawa Permata Hati ada contact dia beri duit minta dia uruskan surprise birthday party...

Wah Permata Hati sejak bila suka buat kejutan ni? Apa-apa pun TERIMA KASIH YA BERSUSAH PAYAH MENGHABISKAN DUIT UNTUK AUNTYNYA....

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4