SATU KEJUTAN

Genap seminggu pertunangan Permata Hati, hari ini ku ke sana lagi menemani seseorang.  Semuanya tidak dirancang.  Kelam kabut jadinya bila 'dia' ingin pulang.  Tiket bas dibeli serta merta, nasib baik ada.  Dalam kelam kabut tu terlupa untuk membeli tiket bas pulang.  Hal ini disedari setelah kaunter bas ditutup.  Kami ke Pantai Bernas untuk menikmati Satar dan Otak-Otak.  Sambil menikmati makanan sambil mengimbau kembali kenangan bersama allahyarhamah Bonda di mana boleh dikatakan setiap petang membawa beliau makan angin ke sini.  Begitu pantas masa berlalu...
Esok pagi tiket bas dibeli melalui seseorang. 

Tempat jam 5 petang ku bergegas pulang untuk mengambil 'dia' dan beg.  Seterusnya menuju ke tempat letak kereta pejabat.  Kami ke stesen bas dihantar oleh seseorang. 
Bas sampai tepat jam 7 petang. Ramai pelancong dlm bas ini seperti remaja Jepun dan bangsa lain...

Sampai ke TBS jam 12 malam.  Kakak dan Permata Hati setia menunggu.  Setelah makan nasi lemak kami pulang.

Memandangkan kedua-dua keletihan kami tidak bercadang nak kemana-mana.  Hinggalah malam kami keluar mengambil Permata Hati pulang dari kerja.  Tiada yang pelik atau anih berlaku.  Cuma semasa menunggu Permata Hati ternampak kakak bergegas turun.

Kami bercadang untuk berkumpul sekeluarga untuk makan malam.  Setelah membuat tempahan makan tiba-tiba Permata Hati membuka kotak kecil yang terdapat cheese cake di dalamnya sambil menyanyikan lagu Happy Birthday sambil memandang pada ku.  Sungguh ku tak sangka beliau dan ibunya membuat kejutan untuk ku.  Kejutan kali pertama dalam hidup ku..hampir ingin menitiskan air mata.  Tapi ku tahan agar tidak ketara.  Alhamdulillah masih ada yang sayang pada diri ini.  Permata Hati memeluk erat sambil menghulurkan hadiah.  Apakah momen ini akan dapat ku lalui nanti andainya kamu telah menjadi milik seorang yang bernama suami.

Buah Hati pula tergamam kerana tidak mengetahui rancangan Permata Hati bersama Ibu secara ad-hoc.  Nampak jelas perasaan kehampaan beliau kerana tidak menyediakan birthday present untukku.  Lantas memohon maaf.  Bagi ku yang penting kehadiran mereka sudah cukup.  Terima kasih semua inilah hadiah paling istimewa iaitu KASIH SAYANG.  Kasih Sayang yang tulus dan ikhlas bukan Plastik.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4