BANDUNG III

Hari ini hari terakhir berada di Bandung.  Saya pagi-pagi lagi bangun dan berkemas. Macam biasa saya memang dah berkemas awal tetapi tetap juga pagi ni saya kemas lagi.
Saya dan kakak turun menikmati sarapan pagi.  Kami memilih sudut paling jauh dan mula mengambil makanan sambil sesekali mata menjeling melihat ke arah dinding cafe Hotel Ivory yang dipenuhi lukisan di setiap sudut.  Tema mural adalah sesuai dengan cafe iaitu orang dan minuman.  Hem menarik sekali dengan kerusi dan kusyen di mana memberi keselesaan kepada yang menikmati hidangan.
Selesai di setiap sudut kami mengambil gambar.  Kami pun naik masuk ke bilik.
Setelah menemani BUAH HATI sebentar dii cafe kami menuju ke BOUTIQUE HIJAB dan satu boutique yang lain. Sempat membeli jubah sebagai kenang-kenangan.
Kami ke cafe berhampiran iaitu Oxtale untuk menikmati makan tengahari dan masih meneruskan sesi berphoto di sini.  Rekabentuk dalamnya agak berbeza. Ia menggunakan tingkap sebagai hiasan dalamannya unik dan cantik.
Setelah selesai semuanya kami kembali untuk checkout.  Aep telah setia menunggu kami.  Kami menuju ke Lapangan Terbang dengan kenderaan Aep sendiri bukan dengan kereta sewa. 
Cuma satu perkara yang mencemaskan peristiwa saya kehilangan pasport..sewaktu menuju ke kaunter imigresen saya menyadari pasport saya tiada yang ada sampulnya.  Saya berlari ke tempat saya menunggu tadi tapi tiada.  Saya mula menyelongkar bag galas saya dan alhamdulillah ada.  Ia tercicir rupanya. Alhamdulillah!!!!
Dari perjalanan saya ke Bandung kali ini saya mendapati:
1. Perjalanan secara persendirian berbeza pengalamannya pergi dengan agensi perlancongan. Tidak terikat dengan masa.
2. Dari segi makan minum memang sedap. Betul kata BUAH HATI tidak perlu bawa bekalan makanan kerana makanan di sana sedap.  Lazimnya agensi perlancongan akan membawa kita ke kedai makan Minang atau pun yang masakannya yang hampir sama setiap hari.
3. Rumah kediaman  di sini dijadikan boutique.
4. Sistem perparitan kalau di lihat tiada tetapi apabila hujan tiada pula air bertakung.
5. Sampah di bahagian hadapan rumah disapu sendiri dan didapati diediakan tong sampah di beberapa tempat cuna bezanya di sini tiada Majlis Perbandaran.
6. Kenderaan tidak dikenakan cukai jalan. 
7. Sepanjang bahu jalan kelihatan gerai menjual makanan dan ada disediakan kerusi dan meja, kedai jam, kedai membuat cop dan sebagainya.
8. Dari pengamatan saya selama tiga hari ini juga masyarakat Indonesia ini rajin bekerja dan tidak curi tulang.  Tidak kira pekerja di hotel mahal atau hotel sederhana mereka sentiasa melaksanakan tugas dengan baik.  Seperti contoh saya sedikit pelik kerana pekerja asyik mengelap lantai setia kali lantai tersebut dilalui oleh pengunjung. 
9. Kreativiti serta keunikan setiap kedai makan  dan hotel.  Macam yang saya telah sentuh sebelum ini ada berbentuk sarang burung , ada menggunakan lukisan mural yang cantik, ada juga menggunakan tingkap untuk dijadikan hiasan. 
10. Memandangkan kenderaannya yang banyak dan untuk kenderaan keluar dan masuk ke gedung, tempat makan, boutique dsbnya atau juga kelihatan di tengah persimpangan yang sibuk kelihatan petugas bagi hotel, atau boutique akan mengawasi kenderaan keluar masuk dan menahan kenderaan lain bagi memberi laluan mudah.Dan pemandu lazimnya akan menghulurkan duit kepada individu tersebut. Budaya di sini. 
11. Hanya orang Indonesia sahaja dibenarkan berniaga.
Sebagai rumusannya trip saya ke Bandung buat kedua kalinya sangat memuaskan kerana saya merasai pengalaman yang sangat berbeza. Terima kasih BUAH HATI dan KAKAK kerana mempelawa saya mengikuti trip mereka menjadikan kami bertiga ke sana. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4