BANDUNG II

Hari ini kami banyak menghabiskan masa di Hotel sementara menunggu  pemandu datang mengambil kami.  Apa lagi aktiviti kami adalah meninjau setiap sudut hotel untuk sessi bergambar.  Pekerja hotel di sini sangat sporting. Pantang dipanggil mereka akan datang menjadi jurugambar tidak kira lelaki atau wanita.  Menariknya di sini mereka semua berpakaian seragam bewarna hitam dari pegawai hingga pekerja bawahan.  Kami ke tingkat atas sekali untuk minum pagi.  Sambil minum para pengunjung berpeluang menikmati permandangan kota Bandung serta dibenarkan mengambil gambar. Di sini hanya yang bersarapan sahaja dibenarkan berbuat demikian.
Kami kemudiannya bergerak ke Bandar Bandung untuk check in di hotel Ivory yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang Bandung.








Misi membeli belah pun bermula.  Kami ke Pasar Baru.  Sepanjang perjalanan ke Pasar Baru tidak kelihatan penyanyi jalanan mahu pun peminta sedekah. Banyak betul perubahan berlaku dalam tempoh beberapa tahun. Kali terakhir ke mari empat lima tahun yang lalu.  Masih terbayang di hadapan Pasar Baru (seberang jalan)  saya dan rakan-rakan yang lain dikelilingi penyanyi jalanan.  Mereka menyanyi sambil bermain gitar. Kami menghulurkan sedikit wang baru mereka beredar.  Belum lagi diganggu oleh penjaja jalanan dan pengemis.  Tapi kini sudah tiada..Atau mungkinkah kerana faktor cuaca iaitu hujan atau mungkin barangkali waktu saya sampai ke sini kali ini menaiki kereta yang terus parking di dalam bangunan ini  atau sudah tiada lagi mereka di sini.  Yang kelihatan penjaja tudung, buah-buahan dan sebagainya di sepanjang laluan parking masuk ke Pasar Baru.
Sistem parking di sini juga berbeza sangat. Ruangnya yang sempit dan tiada garisan parking. Kereta diletak atau disusun dengan sebaik mungkin sehingga tiada ruang kereta yang di belakang untuk keluar.  Rupa-rupanya saya mendapati apabila kereta di belakang mahu keluar, penjaga kereta akan menolak kereta yang di depan bagi membolehkan kereta di belakang keluar.  Macam main sorong tarik gitu.






Wah sewaktu memasuki ruang niaga di bahagian kain pasang, peniaga-peniaga mula memancing pelanggan.  Kami terus-terusan berjalan hingga ke bahagian yang kami berminat.  Pasar Baru ni orang kata macam pasar Siti Khadijah Kelantan.  Cuma dia ni tiada jualan basah.
Pada mulanya saya berhasrat untuk membeli kain pasang bagi keluarga seperti yang pernah arwah kakak lakukan setiap tahun.  Tapi apabila saya sampai di sini kebetulan saya melalui kedai telekung, saya meminta pandangan BUAH HATI dan ibunya adakah boleh diganti kain pasang dengan telekung untuk dipakai raya nanti!!

Setelah tawar menawar dan berpuashati dengan harganya saya dan lainnya bersetuju membeli telekung Siti Khadijah. Harganya lebih kurang 220,000 rupiah RM Murah berbanding harga jualan di Malaysia.

Penjaja jualan air akan menolak jualannya sambil melaungkan kepada pengunjung demikian juga dengan peniaga kuih dan peniaga beg.  Satu permandangan yang sukar dilihat di tanah air.
Wah sebaik keluar menuju parking rupanya hujan lebat di luar.  Perut mula terasa lapar. Kami dibawa ke kedai nasi ayam penyet Surabaya. Di sini kelihatan motor delivery di hadapan kedai nasi ayam penyet.  Memang sedap.  Ayamnya rangup dan saya rasa saya telah jatuh cinta!!!!




Setelah itu saya pulang berehat sebentar.  Dan keluar semula sejam kemudian.  Membeli belah lagi.  Antara kedai yang dilawati Heritage, Hijab dan sebuah lagi kedai.  Malangnya di sini kami menghadapi masalah menggunakan kad kredit atau kad debit, ada sesetengah kedai boleh digunakan dan ada sesetengah kedai setelah dicuba beberapa kali tidak boleh.  Susah juga macam ni kalau tiada wang tunai ditangan. 

Setelah penat membeli belah saya dibawa BUAH HATI untuk makan malam di Hummingbird Cafe.  Cantik tempatnya.  Hem macam biasa sessi bergambarlah..





Dalam perjalanan pulang, kami dibawa jalan-jalan sebentar.  Berlaku sedikit salah faham antara kami dengan pemandu. Kami difahamkan untuk bergambar di Taman Panda. Buah Hati tertanya-tanya setahu dia tiada Taman bernama Panda kerana dia seringkali datang ke sini.  Setalah pemandu berhenti dan meminta kami turun sementara dia menunggu di kereta untuk kami bergambar.  Kami semua tercengang-cengang. Apa yang ada selain dari air pancut bewarna-warni dengan kelihatan beberapa pengunjung.  Rupa-rupanya TAMAN VANDA!  Adoi sakit perut dibuatnya.  Selepas itu pemandu menyebut Joo tetapi Buah Hati tergelak sebutan sebenar adalah zoo. 
Kami kembali ke penginapan dan mula berkemas barang-barang yang dibeli tadi ke dalam bag.






Ikuti siri perjalanan  BANDUNG III



Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4