UMRAH 2018 - 15.11.2018

Hari ini kami akan ke Taif.  Kota bersejarah.  Sementara saya menunggu Muttawif datang menjemput, saya sempat mengambil gambar Panorama di lobi hotel.  


Kami menaiki bas dari Nada Daefa Hotel.  Jarak dalam 80 km.  Di Taif nabi Saw dan sahabatnya iaitu Zaid bin Harithah menerima layanan buruk bila berkunjung di Kota ini dari Mekah.  Usaha dakwah baginda di tolak.  Baginda dihina dan disakiti.  Dilontar dengan batu oleh penduduk Taif hingga cedera.


Di atas adalah gambar bangunan di Tarif.

Gambar pintu gerbang Masjid Abdullah Ibnu Abbas

Panorama di sekitar Masjid Abdullah Ibnu Abbas

Bahagian dalam ruang solat Masjid Abdullah Ibnu Abbas
Gambar bersama Mutawwif

Gambar bersama Mutawwif
Gambar di hadapan Masjid Abdullah Ibnu Abbas

Gambar bersama jemaah 

Sedikit perkongsian tentang masjid ini. Abdullah Ibnu Abbas (sepupu r
Rasulullah saw).  Pakar tafsir Al Quran dan berhasil meriwayatkan 1660 hadis nabi Saw selepas Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Anas bin Malik dan Aishah r.a. Abdullah berpindah ke sini setelah Nabi wafat.  Beliau takut tinggal di Mekkah kerana bimbang tidak dapat menunaikan hak-hak dan kesucian kota Mekah.

Jualan aiskrim di tempat letak kereta.  

Dua orang Mutawwif yang sentiasa ceria 

Perjalanan kami diteruskan lagi. Hujan mula turun dan suhu di sini mencecah 18 celcius.  Nasib baik saya, kakak dan Buah Hati membawa baju tebal.
Di perjalanan kelihatan padang permainan.


Kami dibawa ke tempat memproses minyak wangi yang dibuat dari bunga ros.  Saya pernah layari u tube sebelum kemari antara tempat tempat lawatan di Taif.  Rupanya jejak juga kaki saya di sini, cuma kami tidak ditaburkan dengan bunga ros.  

Kami dihidangkan dengan teh ros.  Kelihatan Mutawwif menuangkan air teh dan mengagihkan kepada jemaah.

Kami juga melewati Masjid Addas.  Rasulullah saw berhenti penat di kebun anggur dalam perjalanan ke Taif.  Rasulullah saw berteduh kerana dikejar orang Mekah yang tidak mahu akan dakwahnya.  Abbas membawa anggur dan akhirnya memeluk Islam.  Kemudian kami melewati pula * masjid Ku'u.  Ma'af gambar masjid di akhir sekali.  Penceritaan kisah masjid ini seperti pada gambar.

Perjalanan kami diteruskan ke pasar buah.  Lihatlah pelbagai buah-buahan segar dijual di sini.

Kelihatan kabus tebal dan jarak penglihatan terbatas.

Kemudian kami dijamu dengan nasi Arab.  Bagi kami bertiga, memang tak larat untuk menghabiskannya.

Kami memilih untuk makan secara duduk bersimpuh.


Ada jemaah lebih selesa makan di meja.

Bagi yang mahu mengerjakan umrah, kami singgah di Masjid Qarnul Manazil. Miqat bagi orang di Taif. 
Bahagian luar masjid

Bahagian dalam ruang solat wanita


Terdapat jualan di luar kawasan masjid
Sempat bergambar bersama kakak.  Kali ini kami tidak mengerjakan umrah.  

Selesai solat isya kami berlima berjalan ke Hotel Nada Daefah.  Lihatlah bertapa ramainya orang di luar Masjidil Haram.
Kelihatan juga pencuci mengerjakan kerja-kerja pembersihan tidak terkecuali waktu malam.  Yang seronoknya, mereka enjoy dengan kerja mereka.  Kerja secara berpasukan dan mengikut ketua.

Sampai di Nada Daefa, rupanya bacaan yassin sedang berlangsung diikuti tahlil.  Kemudian Ustaz Asyraf memberi taklimat ringkas tentang perjalanan pulang pada 17hb nanti.  Pejam celik dah nak balik.  Begitu pantas masa berlalu.
Kelihatan jemaah lelaki
Sebahagian Jemaah wanita

*Masjid Ku'u
Nabi Muhammad pertama kali berkunjung ke Kota Taif.  Baginda melakukan solat.  Penduduk Taif melempari baginda dengan batu.  Baginda meletakkan siku di mana meninggalkan kesan pada batu.  Malaikat meminta izin baginda untuk membanting gunung Taif kepada penduduk Taif namun tidak diizinkan oleh baginda sehingga batu tergantung hingga ke hari ini.

Ikuti siri berikutnya.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4