UMRAH 2018 - 16.11.2018

Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Mekah.  Entah bila kami akan dapat menjejak kan kaki ke sini lagi.  
Lazimnya saya menggunakan I Pad untuk mengaji kerana mudah bagi saya menyambung bacaan selain dari surah-surah yang saya nyatakan di siri sebelum ini.  Tapi kali ini teringin menggunakan Quran Masjidil Haram.

Di bahagian hadapan dicop dan sekiranya ia diwakafkan oleh seseorang akan dicatat nama individu tersebut.  

Selalunya Malaysian Restaurant tempat persinggahan kami hanya untuk minum nescafe ais atau pun teh ais.  Memang sedap.  Nescafe memang disediakan di bilik tetapi setiap kali saya buat dan meminumnya saya rasa pening.

Maggi yang dijual sebelah Malaysian Restaurant sedap.  Mungkin tekak sudah tidak boleh terima nasi Arab.  Hari-hari jemu juga.

Satu lagi lupa nak maklum terdapat kedai berhampiran kedai aiskrim menawarkan makanan percuma kepada jemaah.  Lazimnya warga Pakistan yang ramai beratur.  Bagi sesiapa yang hendak bersedekah boleh berjumpa dengan pihak pengurusannya yang berada di depan kedai, berbaju kemeja putih.  

Sedekah juga boleh dalam pelbagai bentuk samada seperti di atas, menghulurkan makanan ringan atau air atau bermacam cara lain di dataran Masjidil Haram mahupun di dalam Masjidil Haram seperti memberi kayu suci, tasbih dan pelbagai.  Pendeknya terpulang keikhlasan hati kita bukan atas nama riak atau menunjuk-nunjuk.  Hati akan rasa tenang..in sya allah.

Panorama di luar Masjidil Haram


Kenangan malam terakhir kami di Masjidil Haram.  Kami cuba ke roof top tapi laluan telah ditutup.  Nasib baik petugas Masjidil Haram menunjuk arah laluan yang lain.  Akhirnya sampai juga hajat kami untuk solat di roof top.


Panorama di roof top Masjidil Haram


Kami kembali ke hotel dan berkemas kerana esok kami akan ke Jeddah untuk pulang ke Malaysia.

Ikuti siri akhir...

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4