PUDING BERSARI BUAH

Bahan-Bahan:

Bahan Bahan A
Agar-agar tali 1 paket
2 1/4  gelas air
1 penutup esen pandan
1 sudu kecil gula batu (jika ada)
1 cawan gula

Bahan Bahan B
5 biji kuning telor
1/2 sudu kecil garam
1/2 tin susu cair
1 kotak santan
1 sudu besar tepong kastad
2 gelas air

Bahan Bahan C
5 biji putih telor
1 cawan dari bahan A yang sudah dilabur

Cara membuat:
Bahan A Masak agar agar bersama air dan lesen pandan hingga agar-agar larut.
Masukkan gula hingga hancur.
Perlahankan api.

Kemudian masak bahan B dalam periuk berasingan. Letak sedikit esen (terpulang/bergantung citarasa kita).  Masak hingga mendidih.
Tutup api.

Putar putih telor hingga apabila diterbalikkan bekas ianya tidak jatuh.
Masukkan sebahagian dari bahan A sedikit demi sedikit.

Lebihan / sebahagian dari bahan A di masukkan ke dalam bahan B dan kacau di atas api.
Tuangkan bahan ini ke dalam bekas atau acuan.
Tuangkan pula bahan C di atasnya semasa panas.
Taburkan buah campuran di atasnya serta pastikan buah di tekan agar semasa potong nanti buah tidak terburai.



Alhamdulillah resepi ini memang sedap.  Simpan dalam peti sejuk.
Oleh kerana rasanya manis-manis buah saya makan dengan sirap buah campuran. 
Kredit kepada IraSaufi Bakehouse yang sudi berkongsi resepi ini.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4