Pelayaran 1.4.2019 (Pelayaran Islamik)



Hari ini hari terakhir qiamullail dan kali ini tidak diadakan di ruang terbuka kerana hujan.  Namun qiamullail dan solat secara berjemaah tetap diteruskan.  Sebelum menuju untuk qiamullail, kami telah meletakkan bagasi kami di luar pintu kabin.



Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Haslin.  Antara intipati:
1. Doa untuk selesaikan hutang.
2. Banyak kan bersyukur kepada Allah swt.
3. Konsisten dalam melakukan ibadah.
4. Pasangan yang soleh.
5. Puji staff.
6. Anak-anak yang soleh


Kami berkumpul di Stardust Lounge setelah makan tengahari untuk urusan keluar cruise.  Sebelum itu, kami ke kaunter untuk menyelesaikan pembayaran jika ada.  Kami dikenakan RM30.00 kerana membeli CD Forum Bermuzikal.  Bayaran dalam Ringgit Malaysia.


Tidak sabar rasanya.  Kami menunggu arahan dan dibenarkan keluar berperingkat.  Sampai di lobi Port Kelang, kami menuju ruang khas untuk baggage.  Memang tersusun dan kemas cara kerja mereka.  Bag di susun mengikut Deck.  Dan pada bag diletakkan tag bag kabin berkenaan.  Tunjuk kad bilik kepada petugas dan mereka menyerahkan bagasi yang telah di tagging no bilik.

Sementara menunggu bag sampai, kami sempat bergambar bersama salah seorang anggota Raihan.  Sungguh peramah.

Juga bergambar bersama Ustaz Haslin dan anggota Raihan yang lain.

Sesungguhnya berbaloi percutian melalui PELAYARAN ISLAMIK ini.  Sesuatu yang baru bagi saya merasainya.  Ada tazkirah, ada qiamullail, ada bacaan Al Quran, bertemu rakan baru dari seluruh Semenanjung, Singapura dan Brunei, bertoleransi, memahami masyarakat Islam Phuket, bersedekah, mengambil tauladan akan sifat rendah diri CEO Pelayaran yang turut sama bertungkus lumus bersama anak buahnya bagi memastikan semua berpuashati serta dapat mengikuti segala aturcara yang pihaknya telah sediakan termasuk yang menggunakan kerusi roda.  Memang terharu dengan usaha beliau.  Terimakasih kasih kepada semua kakitangan PELAYARAN ISLAMIK serta CEO yang mencetuskan idea percutian seperti ini. TERBAIK!!!!  

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4