BANDUNG 4.1.2019




Pagi ni saya sarapan bubur dan roti bakar walaupun banyak pilihan lain di penginapan kami yang kedua iaitu  Aula Hotel.  Lokasinya tidak jauh dengan Heritage.  Boleh jalan kaki jer..

Ruang makan yang menarik dan selesa.


Kami di bawa ke Rumah Mode..pernah ke sini bersama group ofis beberapa tahun lalu.  Banyak perubahan selain jual baju dan barangan kulit, terdapat ruang makan.  Tapi kini ruang makannya makin banyak..dah macam food court pula.


Ruang masuk Rumah Mode

Lihatlah di salah satu kedai makan..sungguh banyak pilihan lauk.

Antara lauk di atas yang ini kami pilih sebagai sajian makan tengahari kami.

Goreng pisang cheese turut menjadi pilihan kami.

Setelah kenyang, kami ke  Lereng Anteng.  Selain menyajikan tempat makan, kita boleh melihat Panorama yang indah.  Di sini banyak tempat minum dengan panorama yang indah.  Cuma kena turun naik tangga.














Apa yang menarik dan yang ingin saya dikongsikan tentang individu di gambar di bawah.  Beliau menawarkan diri untuk mengimamkan kami di surau yang disediakan di Lereng Enteng.  Alhamdulillah.. Setelah mengetahui kami dari Malaysia, beliau menunggu kami mengambil wudhu.  Bagi saya ianya satu momentum yang sungguh manis.

Destinasi seterusnya kami ke kedai brownies..macam macam jenis dari brownies, kek, cookies dan kuih.

Kami juga singgah di Hijab Story.  Hijab Story merupakan gedung menjual pakaian muslimah, tudung serta kosmetik.

Sebelum balik ke penginapan kami makan malam di Hummingbird.




Pekena kopi dan jemput-jemput bawang di penginapan. Sos jemput-jemput sedap.


Ikuti siri berikutnya...siri terakhir...

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4