NEW ZEALAND VII

Hari ini kami,bersarapan di Homestay disediakan pemilik.  Isteri pemilik sangat ramah.  Menurut beliau dan suaminya biasanya pelancong yang datang disarankan ke New Zealand utara terlebih dahulu kemudian baru ke New Zealand selatan.  Kerana New Zealand selatan permandangannya paling cantik.  Lazimnya untuk ke sesuatu destinasi mengambil masa 3-4 jam.  Jadi untuk satu minggu tidak,mencukupi bagi melawat tempat-tempat menarik.
Sarapan pagi kami adalah nasi goreng dan roti.  Manakala air pula air teh dan susu segar turut disediakan.

Kami kemudian menggunakan dua buah kereta untuk bersiar-siar di bandar Auckland.

Tempat pertama yang dibawa oleh rakan kepada kumpulan kami adalah Harbour Bridge.  Bandaraya terletak,di tepi laut.  Kelihatan dari jauh menara dan perahu layar dan boat mewah berlabuh.









Kami berhenti sebentar di kedai.  Sudah pasti pilihan kami,adalah hot chocolate. 


Seterusnya kami dibawa bersiar-siar di bandar.  Melalui tempat berjenama.  Tengok sajalah.  





Seterusnya kami menuju Cornwall Park.  Terletak di atas bukit.  Di sekitarnya terdapat peliharaan bebiri.   Dari sini jelas kelihatan bandaraya Auckland.  Terdapat tugu peringatan Maouri.  










DESTINASI berikutnya Cottage.  Terdapat sebatang pokok POHUTUKAWA berusi lebih 150 tahun.  Diperhatikan setiap tempat yang dilawati ternyata tiada sampah..memang bersih.  Di sini kami merakamkan momen indah sesekali saya terhibur dengan telatah anak -anak yang mengikuti percutian kali ini. 






Sebelum balik ke homestay kami di bawa makan malam di sebuah kedai pemiliknya orang melayu Malaysia iaitu uncle's Man restauran.  Macam-macam ada jual di sini. Kami memilih nasi  putih dengan ikan asam pedas. SEMUANYA berselera.







Ikuti siri seterusnya NEW ZEALAND VIII

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4