HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4

Alhamdulillah hari ini telah masuk hari keempat bermusafir.  Semakin hari semakin menarik  tempat lawatan..  Saya dan kakak serta yang lainnya bersarapan di hotel.  Banyak menu pilihan, semuanya sedap-sedap. Yang pastinya adalah halal. 


Hari ini kami ke Maeklong Railway Market, daerah Mueng dan dalam kawasan Samut Songkhram.  Pasar ini panjangnya 100 meter.  Lokasi di stesen keretapi.  Ini adalah salah satu daya tarikan Thailand.  Uniknya pelbagai jualan betul-betul di kiri kanan landasan keretapi. 




Untuk ke stesen keretapi saya melalui pelbagai jualan sayur-sayuran, hasil laut, cenderahati, juga gerai makan.  Keretapi betul-betul melalui kawasan ini dengan bergerak perlahan.  Peniaga tempatan akan segera membuka khemah yang melindungi mereka dan pelancung dari panas matahari sebaik sahaja mendapat signal daripada keretapi dan akan memasangnya semula sebaik sahaja kereta berlalu untuk ke Mahachai.  Satu kebiasaan buat peniaga tapi bukan buat pelancung.

Ini pula kedai makan di stesen keretapi.  Di sini kami minum air kelapa sahaja.


Bergambar bersama sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.


Dalam perjalanan saya dan bebeeapa orang singgah di gerai aiskrim kelapa.  Menurut tourist guide kami, di sini paling sedap.  




Kami kemudian menaiki bas menuju Damnoen Samduak Floating Market yang terletak di Ratchaburi.  Salah satu tempat popular untuk dilawati.  Di bina zaman King Rama IV dan merupakan terusan terpanjang di Thailand.  Mengambil masa 2 tahun menggali untuk dikadikan terusan.   Kami menaiki sampan yang boleh memuatkan 4 orang.  Jaket keselamatan memang tidak disediakan kerana kedalaman terusan ini hanya setakat pinggang sahaja.  

Pelbagai jualan samada jualan di sampan seperti buah-buahan atau makanan. Manakala di deretan kedai sepanjang terusan pula terdapat pelbagai jualan seperti baju, barang hiasan rumah, lukisan dan pelbagai jualan.  











Lokasi seterusnya kami dibawa makan tengahari ditepian terusan.  Masa ini air surut.




Air coffee ini sedap..kakak belanja untuk semua yang duduk se meja makan dengan kami🤣


Setelah berehat di hotel, kami bersiap pula untuk makan malam di Icon Siam.  Ini adalah bangunan yamg sempat diambil dalam perjalanan kami ke sana.




Lazimnya pada setiap bangunan lerajaan akan ada gambar Raja atau permaisurinya. 



Kami memasuki bangunan IconSiam melalui pintu ini.  Besar Mall ini.  Untuk ke cruise kami perlu melalui kedai makan dan pelbagai kedai eksklusif.



Ini pula adalah bahagian luar Icon Siam menghadap ke Sungai Menam Chao Phraya.  




Kelihatan cruise dan cuaca semakin mendung.



Deretan hiasan, lampu antara bangunan Icon Siam dan dataran air pancut.





Ini adalah toilet dalam Icon Siam.. menarik dan cantik. 



Setelah 2 kali beratur kerana hujan baru dibenarkan menaiki cruise setelah  cuaca semakin baik.  Kami ditempatkan di tingkat atas.  Cruise ini mempunyai dua tingkat.  Sambil makan kami dihidangkan dengan nyanyian dari penyamyi tempatan.  Cruise ini menyusuri sungai mengambil masa 2 jam.  Pelbagai hidangan halal disediakan secara buffet.  Semuanya termasuk dalam pakej kami.. Pakaian yang basah/lembab terkena hujan tidak terasa mula kering apabila menjamu selera.

Melihat keluar cruise sangat cantik permandangan di sepanjang sungai Menam Chao Phraya.









Sebelum masuk ke bilik hotel, kami singgah di cafe hotel ini.  Kami beli air coffee/choc sambil berkemas beg kerana esok kami akan balik ke negara tercinta.





Bersambung ke siri akhir part 5


Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5