JAKARTA 2018

Alhamdulillah saya, kakak dan buah hati telah memperuntukkan beberapa hari di bulan Ramadhan bagi percutian bersama di dalam kesibukan buah hati.

Pada mulanya kami telah merancang untuk ke Jakarta dan Bandung namun di saat akhir ianya ditukar kepada Jakarta sahaja. 

Tempahan tiket dilakukan di saat beberapa hari lagi ke Jakarta kerana buah hati cuba mendapatkan harga tiket yang rendah. 

Pakaian dikemas di saat akhir kami akan berangkat.  Di dalam kekalutan memikirkan apa yang perlu dibawa dan dibimbangi perkara-perkara penting tertinggal.

Pada hari Jumaat pagi jam 7.30 pagi, kami membawa kenderaan sendiri ke KLIA dan menyimpannya di parking lot berhampiran.

Penerbangan kami menggunakan Malaysia Airline System (MAS).  Tidak terlalu jauh nak berjalan untuk ke gate.

Di dalam penerbangan saya tidur kerana bau makanan mula dihidu.  Maka inilah bermula cabaran saya melawan nafsu makan.  Kami ditanya samada mahu makan atau tidak.  Sudah tentu jawapannya tidak.  Sebagai musafir saya tetap tekad untuk terus berpuasa selagi saya larat.    In sya allah.

Penerbangan ini mengambil masa 1 jam 50 minit.  

Kapalterbang mendarat di lapangan terbang Soekarno Hatta.  Alangkah terkejutnya saya kerana kami dibawa ke lapangan terbang yang baharu mirip KLIA.  Lapangan Kapal terbang yang lama masih kelihatan ada dan digunakan.

Dari airport kami menggunakan teksi.  Perjalanan ke penginapan mengambil masa 1 jam dengan tambang yang dikenakan 170000  rupiah.  Di sepanjang perjalanan saya melihat dan cuba mengimbau kembali kenangan beberapa tahun yang lalu saya ke Bandung menaiki bas dari Jakarta.  Yang jelas tidak kelihatan pengemis dan penjual jalanan seperti dulu.

Penginapan kami di Tamrin Residency
Di bahagian bawah Tamrin Residence, kompleks membeli belah THAMRIN CITY

Kelihatan Bajai selain teksi, grab dan bojek
Hentian bas agak tinggi

Kelihatan hotel di sepanjang perjalanan dari airport
Sebaik kami menyelesaikan urusan check in, kami terus ke Mall yang terletak di aras bawah bangunan ini.  Ramainya orang rasa macam hendak pitam.  Difahamkan kerana di Indonesia cuti Pancasila.  Sudah tentu di kesempatan ini digunakan untuk membeli belah kerana Aidilfitri bakal menjelang.  Panjangnya mall ini....kami meninjau-ninjau dulu.  

Hari ini kami berbuka di restoran Harum Manis..tempatnya agak eksklusif. Waktu berbuka dimaklumkan kepada pelanggan dengan ketukan beduk dan diiringi perkataan waktu berbuka oleh kakitangan restoran ini.  Di sini menu istimewanya adalah sate 1 meter.  Sate ini merangkumi semua jenis sate Indonesia.   Kepelbagaian sate boleh diminta atas citarasa pelanggan dalam satu hidangan. Salah satu yang unik adalah sate ikan dicucuk pada serai.  Setelah sate siap dibakar ketukan akan kedengaran dan disebut oleh pekerja beramai ramai menyatakan sate siap..Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, kami dihidangkan dengan air teh perasa ros dan desert iaitu pengat keledek.

Sambil menikmati juadah, kami dihidangkan dengan live band.  Yang uniknya live band ini, penyanyinya langsung tidak menggunakan microfon.  Suaranya lantang. 


Terima kasih kepada Ku E dan rakan-rakan yang sudi meraikan kami di sini.

Sebelum balik kami sempat membeli     sejenis makanan...... Flavor boleh diminta pelanggan.  

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4