PERKAHWINAN PERMATA HATI (SIRI I)

Tarikh telah ditetapkan.  Cuak juga hati ini kerana telah dimaklumkan cuti dibekukan sehingga bulan Januari 2015.  Perkara ini dimaklumkan kepada Permata Hati.  Kalaulah berlarutan sampai ke tarikh kahwinnya bererti saya hanya boleh hadir di majlis jamuan sahaja. Tidak dapat nak menolong kakak membuat persiapan menjelang majlis itu berlangsung.   Sebelum ini saya diminta oleh Permata Hati menyediakan puding kastad dan satu jenis lagi puding untuk meja pengantin bagi acara akad nikah dan sanding. 

Perbincangan demi perbincangan diadakan walau pun dalam jarak jauh, whatsapp adalah penghubung kami.  Harap-harap cuti ku dan sahabat ku merangkap co-pilot ku lulus.  Satu ketetapan telah dibuat agar saya menyediakan puding roti bersos kastad pada majlis akad nikah dan puding kastad pada majlis sanding. 

Hari demi hari berlalu tinggal beberapa hari lagi akan menjelang.  Saya telah menyediakan sendiri baju jubah ala riau dan menjahit sendiri manik pada tudung yang dibeli tempohari.  Nak nampak eksklusif he he he.  Kali pertama menjahit baju jubah berdebar juga rasa...alhamdulillah akhirnya siap juga dengan sempurna.  Jubah tersebut saya tambah pula dengan lace di bahagian bawah baju dan lengan (idea PERMATA HATI).  Harap-harap selesa dipakai pada majlis itu nanti.  Kasihan pula kakak ku kerana pakaian yang ditempah untuk majlis itu tidak sempurna jahitannya.  Terpaksa beli yang telah siap.  Sayang kain yang dibeli khas dari Vietnam.. menurutnya langsung tidak boleh dipakai kerana herot dan berkedut.  Aduhai ada juga orang langsung tidak pandai menjaga pelanggan dengan memberikan kualiti yang hampeh...

Saya pula ditimpa musibah sewaktu hendak menghadiri mesyuarat ke Kuantan.  Terseliuh kaki kanan sewaktu hendak menaiki kenderaan.  Masa tu rasa sekejap saja sakit.  Kemudian kesakitan semakin terasa sewaktu selesai makan tengahari.  Tetapi saya tidak menjangkakan sakit itu semakin menjadi-jadi.  Saya memandu sampai ke Pekan.  Kesakitan mula terasa.  Saya meminta sesorang yang menemani saya memandunya pula.  Ya allah bertapa sakitnya kaki sewaktu memijak kaki untuk menukar tempat duduk.  Terpaksa memapah pada kereta.  Sengal dan ketidakselesaan mula dirasai.  Saya minta terus dihantar ke klinik.  Dalam masa yang sama rakan-rakan menalipon seseorang untuk datang mengurut kaki ku di rumah.
Dari kereta ke klinik terpaksa memapah tiang dan apa yang boleh saya pegang.  Sakitnya kaki.  Doktor dengan senyum melihat kaki saya dan meminta saya gerak-gerakkan kaki.  Menurutnya kaki saya tidak patah cuma tisu sahaja yang koyak.  Dia sempat menegur saya kenapa memandu sedangkan kaki sakit.  Dia terus menyapu ubat dan bandage.  Sudahnya doktor sendiri mengeluarkan cuti sakit satu hari kepada saya.  Sekali lagi saya dipapah keluar dengan penuh kesakitan..ramai pula orang memerhati saya di luar.

Aduhai risaunya hati macamana lagi tinggal satu minggu perkahwinan PERMATA HATI.  Saya perlu memandu.  Barang-barang untuk dibawa ke sana dah tersedia menunggu.  Macamana kalau kaki ni ambil masa untuk sembuh? Pelbagai persoalan bermain di fikiran.

Malamnya saya rasai kesakitan itu makin berkurangan.  Alhamdulillah....cuma saya perlu kurangkan banyak bergerak agar kaki ni betul-betul pulih di samping makan ubat mengikut peraturan. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4