PERKAHWINAN PERMATA HATI BHGN II

Pada hari Khamis saya dan rakan bersiap awal untuk memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur.  Segala barang-barang untuk dibawa ke sana telah diletakkan di satu sudut bagi mengelakkan dari tertinggal.

Selesai memasukkan barang-barang ke dalam kereta, kami memulakan perjalanan.  Singgah sebentar minum pagi dan seterusnya berhenti untuk merehatkan kaki di hentian Temerloh. 

Sampai di KL saya terus menolong kakak di dapur menyediakan masak merah udang atas permintaan BUAH HATI dan goreng sayur.  manakala PERMATA HATI dan BUAH HATI mengemas ruang untuk majlis berinai.

Malam ini malam berinai.  PERMATA HATI mengenakan gaun labuh putih beserta tudung putih.  Comel sangat.  Majlis berinai bermula.  Saya pun tumpang sekaki berinai.  Tetamu mula sampai ke rumah (keluarga).  Seronok dapat berjumpa dan berkumpul.  Sesi bergambar dengan pengantin bermula.  Selain itu kami seorang demi seorang menyuapkan kurma dan air zamzam kepada pengantin. 

Majlis berakhir agak lewat.   Alhamdulillah untuk malam ini majlis berjalan lancar. 


Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4