RESEPI KEK BATIK CHEESE

Bahan-bahan:
50 gram serbuk koko
100 gram milo
100 gram gula pasir
200 ml air
100 gram mentega
2 biji telur
400 gram biskut marie-patah2 kan

Cara membuaT:
Campurkan koko, milo, gula dan air ke dalam kuali.  Masak dengan api yang sederhana. Kacau hingga larut.

Masukan mentega kacau lagi hingga larut.

Kecilkan api, masukan telor dan kacau sehingga pekat dalam 30 saat dan padamkan.

Masukan biskut dan gaul sehingga rata biskut disaluti sepenuhnya.

Padatkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas aluminium.

Lapisan Cheese:
250 gram cream cheese
1 biji telur gred A
2 sb gula

Putarkan kesemua bahan sehingga kembang dan tuang ke atas kek batik tadi.

Bakar 160 darjah celsius selama 5 minit (guna api atas).

Sejukan di dalam peti sejuk sepelum dipotong dan dihidangkan.

Cerita disebalik resepi ini:

Resepi ini saya perolehi dari internet dari ALONGROZ@Homecreation.  Terima kasih kerana sudi share resepi.

Sebenarnya dah lama tidak buat Kek Batik ni tetapi atas permintaan Permata Hati dan setelah melihat resepi Kek Batik saya tertarik mencuba resepi Kek Batik yang ini.

Lihatlah hasilnya...

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4