YOGYAKARTA HARI KETIGA


Hari ini kami dimaklumkan oleh Buah Hati yang kami akan Merapi menaiki jip.  Rasanya yang ini luar dari tentatif lawatan yang asal.  
Macam menarik ni.  

Selesai sarapan pagi macam biasa Eko akan datang tepat pada waktunya.  Perjalanan kami mengambil masa dua jam.  Saya seperti biasa akan melihat ke luar untuk mengambil gambar yang menarik walau pun tangan masih sakit.

Semakin kecil jalan menuju ke Merapi.Tiket berharga Rp350,000 untuk 60 minit. Waktu masuk mulai 8 pagi hingga 6 petang.  Sebenarnya ada empat peringkat sehingga tempoh empat jam maknanya lagi jauh dan lagi rapat dengan puncak Merapi.  Semakin jauh swmakin lumayan rupiah. Maaf gambar terbalik.. 


Untuk makluman Merapi ini terletak di sempadan tengah Jawa dan Yogyakarta dengan ketinggian 9800 kaki (3000 meter).  Gunung Merapi ini meletus dahsyat akhir November 2010.  Semua rumah hancur disapu awan panas.


Di sepanjang perjalanan kelihatan orang memotong rumput untuk beri makan lembu.  Sesekali hidung terbau najis lembu.




Kami berpecah kepada dua jip.  Jip kami dibawa oleh Nur.  Sopan orangnya.  Sesekali memberikan penerangan kepada Buah Hati.





Jalan yang kami lalui kini tiada tar.  Hanya batu asal yang tidak rata dan lekuk situ dan sini.  Saya dan lain-lain mula memegang kemas. Sesekali kami menjerit kecil.



Memang mencabar kali ini.  Rasanya inilah pengalaman saya yang paling tidak dapat dilupakan.  Takut  dilambung jip tapi seronok.

Hentian pertama kami berhenti di Muzium Mini Sisa Hartaku.


Kerangka sapi dan barang-barang yang dipamirkan ini pada asalnya dikumpul oleh anak Watinem yang meninggal semasa meletusnya Merapi untuk koleksi keluarga akhirnya koleksi yang banyak dijadikan muzium.  Jam dinding menunjukkan jam 12.05 40 saat- waktu kejadian.


lihatlah kebesaran allah, quran tidak terjejas semasa kejadian tersebut.














Hanya satu bilik dilarang mengambil gambar iaitu barang-barang tinggalan Watinem.

Kami meneruskan lagi perjalanan.  Destinasi kedua 






Di sini dua orang relawan tidak sempat menyelamatkan diri bersembunyi di bilik bawah tanah yang dilengkapi dengan makanan.  Seorang meninggal di tepi pintu masuk manakala seorang lagi meninggal di bilik air.  

Kami seterusnya ke lokasi berikutnya.  Kalau melihat dengan mata kasar tidak jelas bentuk muka manusia.  Puas saya tengok semasa di lokasi.  Akhirnya melalui gambar yang diambil jelas bentuk muka manusia.  







Akhirnya kami dibawa ke hentian terakhir iaitu di tepi tebing.  Sesi bergambar.  Kami bercakap ya allah jangan lah ke tepi tebing.  Nur tidak jadi parking jip di tepi tebing yang curam.  Kami bersyukur sangat tetapi rupanya dia buat projek lain.  Dia parking jip di atas batu yang besar.  Apa lagi menjeritlah kami.




Bagi yang berkesempatan ke Yogyakarta datanglah ke sini.  Mesti best.

Selesai kami dihantar balik dan macam goreng pisang panas membeli gambar yang diambil oleh syarikat Jip ini.  

Dalam perjalanan ke bandar Yogyakarta saya tertidur kerana kesakitan pada lengan masih terasa.  Kami singgah makan di Jejamuran seperti saranan rakan saya Orang Yogyakarta.  Katanya makan di sini sedap.  Dalam Rp740000.






Selesai makan kami menghantar Buah Hati ke lapangan terbang kerana beliau perlu menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur.

Seterusnya solat di masjid Al Ittihaad




Kami meneruskan urusan kami iaitu waktu untuk Shopping.....Jalan Malioboro.  Panjangnya 1km.  Tapi saya hanya meninjau tidak sejauh itu memikirkan perlunya menarik bag untuk pulang nanti dengan lengan saya yang masih sakit yang tidak membolehkan saya memikirkan untuk membeli banyak oleh-ole.  Cukuplah sekadar kenangan untuk diri dan kawan-kawan pejabat sahaja.





Sementara menunggu yang lainnya saya sempat mendengar beberapa lagu dari pemuzik jalanan.  Sedap suaranya.  Bila mendengar saya dan kakak dari Malaysia dia terus menyanyi dari satu lagu ke satu lagu tanpa berkira jumlah yang perlu dibayar kepadanya.  Dia menemani kami sehingga kami berlalu kebetulan dia menunggu kawan--kawannya untuk membuat persembahan secara berkumpulan.


Makan malam kami diserahkan lokasi kepada Eko iaitu Warung makan Cak Koting 1.  Walau pun menurut ia kedai biasa. Tapi sedap. Rp489000.  


Dalam perjalanan pulang kami dibawa ke Alun-Alun.  Rupa-rupanya padang yang luas.  Dipenuhi kereta berlampu.
Kami kemudiannya pulang ke penginapan untuk berkemas baju untuk pulang.  
Sila ikuti siri akhir




Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4