YOGYAKARTA HARI 1

Selesai solat subuh di surau yang disediakan kami berkumpul di tempat asal tadi.  Kami kemudian mengambil keputusan untuk sarapan pagi di Food Court.  Masing-masing membeli mengikut citarasa masing-masing.  Semasa makan kakak dan Buah Hati sampai.  Mereka turut sarapan bersama.  Muka masing-masing sudah ceria tika ini.

Kami kemudian beredar untuk urusan check in tetapi menghadapi masalah kerana pembelian tiket tidak termasuk baggage... Hu hu salah faham di sini.  Maafkan saya ya! Pertama kali beli tiket kapal terbang secara on line sendiri.  Jawapnya kena bayarlah sikit sorang.

Sementara menunggu boarding time saya dan kakak sempat bergambar..

Kami kemudian menaiki pesawat.  Penerbangan mengambil masa dua jam setengah.  Saya dan Hanis beli karipap (panas) RM6.00 tiga biji, brownies dan air.

Agak cuak juga rasa hati setelah diumumkan pesawat akan mendarat tidak lama lagi.  Melihat keluar tingkap awan tebal. Kapalterbang berlegar-legar mencari ruang untuk turun.  Saya mengucap..tangan terasa sejuk.  Alhamdulillah pesawat mendarat dengan baik.


Eko menunggu kami di sana.  Dari lapangan terbang kami dibawa ke Satria Resto untuk makan tengahari.  Makan di sini utk 9 orang dalam 573000 rupiah



Pertama kali merasa minuman jus buah yang sedap sangat.





Dari sini kami terus ke Prambanan Temple.  Candi yang paling besar di Indonesia dan merupakan salah satu candi terbesar di Asia Tenggara.  Melalui fb rakan Indonesia saya candi ini dibina atas rasa cinta tidak kesampaian. Melalui wikipedia, Candi ini mula dibina pertengahan 9th Century. Ia merupakan candi Diraja Kerajaan Mataram.  Candi ini runtuh semasa gempa yang kuat pada 16th century.  Dalam tahun 2006 berlaku lagi gempa bumi yang mengakibatkan candi mengalami kerosakan teruk.  Demikian juga tahun 2010 dan 2014 kerosakan debu gunung merapi.
Satu kawasan yang sangat luas.  Kami dikenakan bayaran RM100.00 seorang.  Kadar ini adalah standard bagi semua chandi.  Setiap seorang diberikan air mineral. Candi hanya menjadi tinggalan sejarah, tidak digunakan bagi acara keagamaan.  





Kami sempat mengelilingi kawasan candi ini dengan menaiki kenderaan yang disediakan dengan dikenakan bayaran RM3.00 seorang.
 
Selain Candi Prambanan, terdapat candi Bubrah, Candi Sewu dan 2 candi lagi.  Kami hanya melihat dari kenderaan yang mengelilingi kawasan ini sahaja.

Kenderaan ini singgah sebentar di muzium tentang arkitektur candi.  Di sini diberikan lagi air mineral sebotol seorang.
Kami menuju pintu keluar dan kelihatan deretan gerai-gerai kecil menjual cenderahati dalam perjalanan ke kenderaan kami.  

Kami kemudiannya ke Candi Ijo yang terletak 18 km timur Yogyakarta.  Candi ini dibina antara 10 - 11 Century semasa pemerintahan Kerajaan Mataram.  Kedudukan candi ini adalah tertinggi di Jogjakarta.  Candi ini hanya menjadi bahan sejarah.  Ramai pengunjung ke mari untuk melihat panorama matahari terbenam.



Lokasi berikut adalah Hutan Pinus Gunung Pengger. 25 KM dari bandar Yogyakarta.  Terletak di Dusun Sendangsari, Desa Terong.  Ramainya orang walau pun malam. Waktu melawat 5pagi hingga 8 malam.  Bayaran masuk yang dikenakan adalah Rp2500.00 seorang manakala bayaran parking pula dikenakan Rp. 5000.00.

Banyak lokasi menarik di sini.  Ada lokasi yang kita boleh ambil sendiri dan ada yang perlu dibayar (photographer).  Nikmatilah permandangan dihutan pinus di waktu malam.


Selesai sessi bergambar kami makan malam sebelum check in.  Agak unik kedai makan iaitu Bakmi Jowo Mbah Gito.  Lokasi kedai ini di hadapan makam.  Memasuki sahaja ruang dalam kedai perkataan pertama yang boleh diucapkan adalah wow...kami semua memesan nasi goreng. Sementara menunggu Buah Hati memesan mee goreng.  Rupanya mee goreng menu paling sedap di kedai ini melihat dari komen pengunjung.

Selesai menikmati makanan akibat kelaparan dan keletihan mendaki hutan pinus tadi kami singgah sebentar membeli simcard.  Saya dan kakak memilih simcard Internet atas nasihat Buah Hati  yang harganya cuma Rp5000 cukup utk beberapa hari di sini.

  Seterusnya menuju penginapan Ayola Tasneem Convention Hotel.  Kadar harga utk 4 hari 3 malam bagi 4 bilik (9 orang) RM1101.00.  Selesa sangat.
(Ikuti siri perjalanan seterusnya)
Selamat malam!!! Kesakitan di lengan mula terasa




Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4