YOGYAKARTA

Dua tiga bulan perancangan untuk bercuti ke luar negara.  Akhirnya mencapai kata sepakat untuk ke Yogyakarta. 

Akhirnya tiket penerbangan diurus sendiri oleh saya dan rakan manakala penginapan dan transport diurus oleh anak saudara.  Di sana nanti kami dibawa rakan anak saudara yang sememangnya orang Indonesia.  Sehingga kini jumlah perbelanjaan ke sana termasuk tiket kapalterbang, penginapan, pengangkutan dan makan minum dalam RM894.05. 

Saya seperti biasa dalam tempuh dua minggu mula mengemas baju bagi tempuh 4 hari 3 malam di sana.  Mana yang terlintas di kepala terus di simpan dalam bagasi.  Biasalah tu..

20hb (Hari Jumaat) kami bergerak menggunakan dua kenderaan.  Memandangkan ada yang belum tukar duit kepada matawang Indonesia Rupiah kami singgah di Aeon Seremban2.  Sempat jumpa Permata Hati, suami dan anak-anaknya di situ.

Seterusnya kami menuju ke Park n Ride Salak Tinggi.  Difahamkan bayaran parking di sini murah.  Sampai di situ kami meletakkan kereta di aras 1 dan seterusnya menuju ke stesen LRT utk ke KLIA2.  Bayaran dikenakan bagi satu kepala RM4.90 seorang.  Alhamdulillah kami dapat menaiki LRT sebelum jam 12.00 mlm.

Sesampai di KLIA2 kami ke aras 3 mencari kerusi untuk berehat.  Ada yang berehat di surau memandangkan untuk menyewa hotel adalah tidak berbaloi RM90.00 seorang utk beberapa jam sahaja.  Saya, Shidah dan Nasya ke KFC berhampiran mengalas perut.

Kemudian saya dan Shidah berjalan-jalan dalam kawasan KLIA2 memandangkan kedua-dua kami tidak dapat melelapkan mata.  Tetapi akhirnya terlelap sebentar.  

 

Jam 2 pagi saya terkejut dari tidur dan tergerak hati nak tengok handphone.  Rupanya AirAsia hantar mesej penerbangan ditunda dua jam  dari jam 9 pagi kepada jam 11 pagi.  

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4