NEW ZEALAND II
Bangun tidur jam 5.30 pagi utk menunaikan solat subuh. Saya dan kakak mengambil masa sebelum check out dengan mengambil gambar di sekitar hotel kami menginap.

Kami menaiki Jetstar. Kami dihidangkan minuman dan saya memilih hot chocolate bersama blueberry muffin. Hot chocolate ternyata lagi sedap. Peramugari nya berbangsa Maori dan bertubuh gempal. Satu yang menarik perhatian saya adalah ia berkaca mata.
Sesekali saya melihat keluar jendela dan melihat keindahan awan. Di sini saya dapati tiada lagi tompokan awan. Didapati awan terbahagi kepada dua garisan. Satu berkelompok dan terdapat satu garisan awan yang panjang membahagikan kawasan kepada awan yang sekata, tiada tompokan.
Makin hampir ke destinasi mula kelihatan banjaran gunung. Kami tiba di Queenstown Airport jam 11 lebih pagi. Airportnya kecil seperti airport Kuantan. Di sini kami tidak perlu melalui kastam dan imigresen.
Anggota rombongan yang lain sebok menguruskan kenderaan untuk disewa selama beberapa hari kami di,sini. Saya dan kakak mengambil gambar lagi.
Sepanjang perjalanan ke tempat penginapan saya dapati pokok pelbagai warna. Kelihatan tasik yang luas dengan deretan bangunan mengadap ke tasik.

Di bilik air turut disediakan pemanas towel dan pengering lantai bilik air letrik.

sardin. Hem best juga makan nasi panas-panas.
Sila ikuti sambungan siri ini New ZEALAND III
Comments
Post a Comment