Percutian di Sabah(Bahagian tiga)

Hari ini bersiap jam 7.00 pagi.
Minum pagi di Putra Jaya.  Agak berbeza cara pesanan makanan, setelah dibuat pesanan, petugas di restoran tersebut memasukkan makanan yang telah disediakan dalam tempat makanan di atas tray makanan dalam almari.  Tunggu tiada rupanya kita kena mengambilnya disitu.
Lawatan pertama di rumah terbalik di Tamparuli.  Uniknya bentuk rumahnya terbalik, kereta di luar rumah pun terbalik, peralatan di dalam rumah pun terbalik. Eeem pengalaman pertama melihat semuanya dl keadaan terbalik.  Di sini turut dijual cenderahati.  Bergambar hanya dibenarkan di bahagian luar rumah sahaja.
Lawatan seterusnya ke Jambatan Tamparuli..agak tingi juga.  Bagi yang gayat bolehlah bergambar sekerat jalan je sebab jambatan ni bergoyang dan agak tinggi.
Seterusnya ke Pekan Nabalu.  Sepanjang perjalanan di kiri kanan setiap 1 kilometer dibina gereja/chapel.  Di Pekan Nabalu ada pasar tamu dan kedai / rumah panjang menjual cenderahati seperti key chain, magnet fridge, tshirt, cadar meja dll.  Kena pandai tawar menawar.  Harga di gerai lbih murah dari rumah panjang.
Berhenti solat di masjid Al Rahman di Ranau.
Mnjamu selera di restoran diranau.
Terus menyambung lawatan ke Poring Hot Spring. Di sini banyak aktiviti seperti merendamkan kaki di air panas samada di tempat yg terbuka atau tertutup. Bagi tempat yg tertutup dikenakan bayaran RM18.00, taman rama-rama, canopy walk bagi yang tidak gayat, dan gua kelawar. 
Lawatan seterusnya di Desa Cattle melihat lembu yang telah dilatih untuk beratur mengikut giliran untuk diperah susu (mesin). Lembu di sini gemok dan besar berwarna hitam putih.  Semasa menunggu giliran semasa beratur lembu ini sempat menjamu selera begitu juga yang sedg melalui proses pemerahan.  Di dalam bangunan Desa Cattle, Kundasang turut terdpt jualan key chain, t shirt, aiskrim, susu segar dll.  Di luar bangunan pengunjung bolh bergsmbar berlatar belakangkan gunung Kinabalu.. Ya allah sangat cantiknya pemandangan di sini khususnya gunung tersebut.  Di sini  udaranya sejuk seperti di Cameron  Highland.
Lawatan terakhir di kaki gunuñg  Kinabalu hanya melihat permandangan dari dalam kereta.
Lawatan diakhiri dengan makan malam di Segama.  Boleh tahan juga sedapnya.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4