Puding Buih

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar 37.5  gram
1/2 cawan gula
2 biji merah telor
5 biji putih telor
6 gelas air

Cara-cara membuat:

Masak agar-agar bersama air hingga agar-agar larut.

Putar putih telur hingga naik.
Masukkan merah telor satu persatu.
Masukkan gula dan esen vanila.
Masukkan agar-agar tadi yang telah suam sedikit demi sedikit.  Putar hingga sebati.

Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

Untuk kuah:

3 biji merah telor
4 tin susu cair
1 sudu makan  custard
Gula secukup rasa

Cara membuat:

Masukkan kesemua bahan ke dalam satu bekas.
Masak hingga mendidih
Sejukkan.

Cerita disebalik resepi ini:

Arwah ibu selalu membuat puding ini.  Beliau tidak kedekut memberi resepi kepada orang lain.  Teringat beliau memberikan resepi dan cara membuatnya kepada seorang cikgu India jiran sebelah rumah semasa kami menetap di Temerloh, Pahang -Bukit Angin.  Mereka bertukar-tukar resepi.  Arwah emak belajar pula buat maruku dengan cikgu tersebut.  Terasa semangat kejiranan mereka walau berlainan bangsa dan ugama. Arwah ibu hidangkan puding ini bersama syrup lychee dan airbatu.

Kenangan itu masih segar diingatan...Al-Fatihah.








Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4