TBS

Teringat pertama Kali saya menaiki Bas untuk ke Kuala Lumpur saya begitu berdebar-debar maklumlah saya sudah agak begitu lama tidak menaiki Bas apatah Lagi secara bersaorangan. 

Pelbagai rasa bercampur baur macamana keadaan di dalam Bas, berhenti di mana, sampai nanti di mana nak dituju.  Bermacam-macam perkara bermain di kepala.

Melangkah je kaki ke dalam Bas saya seperti terpegun..wah bukan macam Bas dulu-dulu ADA tv tetapi sebaliknya macam dalam kapal terbang di mana setiap kerusi penumpang ADA screen untuk dilayari.  Pelbagai cerita dihidangkan atas selera masing-masing.

Lazimnya saya memilih untuk tidur sahaja memandangkan waktu perjalanan yang saya pilih adalah malam.  Dalam perjalanan hanya satu tempat Bas berhenti selama setengah jam iaitu berhampiran Keratong Dua atau adakala di Baru Kikir. Adakala juga kalau perjalanan balik pemandu hanya berhenti selama 10 minit sahaja di stesen minyak Petronas.  Tidak selalu mengalaminya tetapi pihak berkenaan kena ambil maklum Dan perhatian untuk memberi ruang kepada penumpang berugama Islam untuk mengerjakan solat.  Fikir-fikirkan lah.

Sampai sahaja di sana saya mengikut  penumpang Bas menaiki escalator menuju balai ketibaan.  Balai ketibaan dilengkapi dengan kerusi menunggu di sebelah dalam.  Kemudiaan saya dapati paparan masa Dan tempat dituju seperti di lapangan terbang KLIA disediakan bagi memudahkan ahli keluarga menunggu Dan penumpang.

Wow...Itu sahaja perkataan yang mampu saya luahkan. 

Saya kemudiannya mula tercari-cari di mana pintu keluar.  Alhamdulillah bagi yang pertama Kali melangkah kaki ke TBS tidak perlu risau kerana petugas sentiasa ADA Dan di mana-mana.  Keadaan Keselamatan penumpang di sini pun terjamin.

Pelbagai kemudahan disediakan di TBS seperti di Aras tiga selain dari kaunter jualan Dan penukaran tiket turut ADA Kedai tudung, kasut, baju, seven eleven, klinik Dan balai polis. Manakala di tingkat empat terdapat pelbagai Kedai makan termasuk food courts, hotel, Kedai baju Dan kek pun ADA.  Setiap aras ADA disediakan bilik solat Dan bilik air.

Lazimnya yang menyambut kedatangan saya di TBS adalah Abang ipar, kakak Dan Permata Hati.  Tetapi kini setelah beliau dijemput mengadap ilahi saya kehilangan momen ITU.  Terpandang-pandang seolah-olah dia ADA di sudut yang lazimnya ia menunggu.  Kini yang datang  menjemput adalah BUAH HATI yang menggalas satu Lagi tanggung jawab baru. 

Berbalik  kepada TBS, bagi perjalanan pulang ke kampung, penumpang yang membeli tiket selain dari kaunter TBS perlu ke kaunter khas yang disediakan untuk menukar tiket tersebut.  Lazimnya pekerja kaunter akan meminta no kad pengenalan.  Satu tiket lain akan dikeluarkan kepada penumpang.  Penumpang perlu berada setengah jam awal di Balai Berlepas.

Untuk ke Balai Berlepas terdapat escalator Dan lif disediakan.  Bagi yang memerlukan Khidmat lif kerana barang yang banyak Dan agak sukar menggunakan escalator bolehlah ke kaunter pertanyaan atau Khidmat pelanggan berhampiran escalator.  Terdapat petugas TBS di situ.  Melalui pengalaman saya, mereka memang tidak menghampakan.  Seorang petugas akan mengiringi penumpang ke lif yang terletak di bahagian belakang.  Hanya penumpang Dan kakitangan TBS sahaja dibenarkan turun ke ruangan Balai Berlepas.

Manakala yang menggunakan escalator boleh menuruninya tetapi perlu pastikan no gate seperti tercatat pada tiket Bas.  Kerana ADA dua escalator dengan paparan no gate yang berlainan.

Sebelum menuruninya anda perlu terlebih dahulu menunjukan tiket kepada petugas di situ untuk diturunkan cop Dan seterusnya baru boleh menuruninya ke Balai Berlepas. 

Di bahagian bawah iaitu di Balai Berlepas bagi yang tidak berkesempatan untuk membeli air atau makanan ringan untuk dijadikan bekalan di dalam Bas, jangan risau ADA beberapa gerai kecil disediakan.  Sementara menunggu Bas datang, anda juga boleh mengecas handphone anda.

Sebaik menuruni, penumpang hendaklah menuju gate seperti tercatat pada tiket.  Satu monitor kecil diletakkan di bahagian atas pintu memaparkan kedudukan semasa Bas yang sedang mengambil penumpang, Bas yang lewat Dan sebagainya.  Sebaik Bas sampai satu pengumuman akan dibuat memaklumkan kepada penumpang.  Dan penumpang beratur ke kaunter yang terletak di pintu.  Kelihatan petugas menyemak tiket Dan akan menggunakan alat pengimbas.  Setelah itu baru anda dibenarkan melewati pintu untuk ke bas.

Mudahkan...

Menceritakan pengalaman yang telah saya lalui di sini hanya untuk berkongsi kepada yang belum pernah ke TBS betapa mudah menggunakan perkhidmatan yang disediakan.  Perkhidmatan lain seperti teksi Dan train untuk ke KLIA turut disediakan yang terletak bersebelahan dengan TBS.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4