PERCUTIAN BERMAKNA (BUKIT GAMBANG RESORT)

Sebelum memulakan perjalanan kami singgah sebentar di kedai Pak Ngah Mak Ngah di Sungai Puteri, Mukim Rompin.  Kalau di Kuala Rompin kedainya terkenal dengan nasi dagang.  Kedai ini sekarang diusahakan oleh anak-anak dan menantu Pak Teh dan Mak Teh.  

Seronok makan dengan keluarga begini.  Masing-masing dengan citarasa sendiri.  Ada yang minta nasi lemak berlaukkan lauk nasi dagang dan ada yang makan nasi dagang. 

Selesai sahaja kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kuantan. Singgah sebentar di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan.  Sekadar sesi fotografi sahaja.  Setelah selesai kami  menyambung perjalanan menuju ke Bukit Gambang Resort.  lokasinya terletak lebih kurang 35 km dari bandar Kuantan.  Sesampai sahaja kami terus mencari penginapan Arabian Bay Resort.  Kami memilih family deluxe yang harganya RM400.00  semalam.  Segala urusan pendaftaran diurus oleh PERMATA HATI. 

Setelah selesai urusan check in dan selesaikan kewajiban terhadap yang satu kami bergegas ke lobby menunggu tram yang disediakan untuk ke Village Arena bagi menyaksikan acara persembahan yang disediakan.  Harga tiket untuk masuk boleh digunakan hingga malam walau pun kita telah keluar masuk dari village arena untuk satu hari sahaja.

Untuk menuju ke Village Arena perlu berjalan mengikut laluan yang ditetapkan.  Kemudian menaiki escalator dua kali melalui gift shop.  Seterusnya melalui restaurant Savannah Food Hall yang boleh melihat dengan jelas singa putih.  Seterusnya keluar dari bangunan melalui laluan yang disediakan dan sampai ke village arena.  Kami mengambil tempat di tengah-tengah melihat acara pertunjukan pelbagai jenis haiwan.  Pertunjukan memakan masa lebih kurang 30-40 minit.  Antara binatang yang mengambil bahagian adalah ular sawa, anak beruang, ayam, lembu, monyet dan sejenis species unta.  Diakhir pertunjukan pengunjung dibenarkan menghampiri haiwan tersebut untuk sesi bergambar.  Kami memilih untuk ke wild Savannah.

Untuk ke situ kami perlu melalui laluan yang disediakan dengan di sebelah kanannya adalah hutan asal manakala sebelah kirinya adalah curam.  Laluannya bersimen.  Kehadiran kami ke sana dimaklumkan oleh petugas.  Letih juga menapak ni tetapi sepanjang perjalanan boleh melihat binatang peliharaan dalam kawasan yang disediakan.

Setiap hentian ada tandas dan tempat minum.  Jadi tiada masalah sekiranya dahaga dan sebagainya.

Akhirnya kami sampai juga.  Petugas bergegas keluar dari tram sebaik melihat kelibat kami.  Sebaik satu keluarga lagi menaiki tram, tram pun mula bergerak.  Kami dinasihatkan agar tidak membuka tingkap demi keselamatan.

Pinti pagar letrik dibuka dan ditutup.  Kami memasuki kawasan harimau dan singa.  Seterusnya melihat lain-lain binatang seperti kuda belang dan lain-lain binatang.

Setelah itu kami kembali menapak dan memilih untuk menaiki tram tapi kali ini kena bayar RM1.00 setiap seorang.  Kami kemudiannya terus balik menuju ke bilik.

PERMATA HATI keletihan dan terus tertidur.  Saya sempat terlelap sebentar.  Kami kemudian menyambung aktiviti malam dengan ke Village Arena sekali lagi untuk melihat pertunjukan Fire of Wild (fire eater show).  Kami masuk ke Village Arena menggunakan tiket siang tadi.  Majlis sedang berlangsung sebaik kami sampai.  Ngeri melihat mereka memasukkan obor ke dalam mulut.  Selesai pertunjukan kami melihat pertunjukan tarzan.   Best tapi tidak sampai ke penghujung kerana perlu mengambil BUAH HATI di stesen bas Kuantan.  Terhibur hati.

Kami bergegas menaiki kenderaan sendiri menuju ke Bandar Indera Mahkota (Hentian Bas).  Pertama kali ke sini.  Satu kemudahan yang agak selesa dari hentian lama.  Sementara menunggu BUAH HATI sampai kami bertiga menggunakan khidmat kerusi urut ...banyak berjalan siang tadi.  Ternampak BUAH HATI menuruni escalator.  Kami bersalaman dan terus ke destinasi berikutnya iaitu ke jalan Beserah untuk menikmati makan malam.

Kami memilih kedai makan di tepi pantai.  Ramai sekali pengunjung tetapi setelah memilih tempat duduk didapati masing-masing menunggu makanan.  Akhirnya kami menjamu selera walau pun dalam keadaan mata semakin kuyu.

Selesai makan sepeeti biasa kami akan berebut2 untuk menjelaskan bayaran.  Seronok!!!  Akhirnya saya terlena di bahu kakak.

Sampai sahaja di Gambang Resort City saya terus sambung aktiviti tidur.

Keesokan pagi pula saya seperti biasa perlu mengisikan perut dengan air panas sayangnya yang ada nescafe sahaja. Tiada gula...hentam saja lah tetapi abang ipar saya mendapatkan gula dan susu di tingkat bawah.   Apalagi terus lah minum sementara menunggu untuk minum pagi.

Kami berempat akhirnya ke cafe. Ramainya pengunjung.  Saya memilih nasi lemak sebagai menu utama.  Agak mengecewakan sebab nasi lemaknya masin.  Tapi roti canainya sedap.  Pukul 9 pagi makanan sudah habis.

Dalam perjalanan balik ke bilik kami singgah sebentar melihat giftshop.  Memilih t shirt untuk abang ipar ku dan anak angkatnya serta saya dan kakak memilih fridge magnet sebagai kenang-kenangan.

Kami kemudian balik ke bilik dan berkemas untuk check out.  Selesai urusan check out oleh PERMATA HATI saya dan yang lainnya memandu ke bandar Kuantan.  Memilih kedai makan berhampiran Hotel Sri Malaysia untuk makan tengahari.  Di sini pun berebut juga nak bayar.

Dari sini kami ke Pantai Telok Cempedak. Sesi fotografi bermula.  Seperti biasa saya malu-malu nak bergambar al maklum ramai mata memandang.  Sempat bergambar di laluan jarang (gayat). 

Kami kemudian menuju ke Giant untuk membeli hadiah perkahwinan staf.  Di sini kami berpisah....terima kasih semua terutama PERMATA HATI yang melayani kemahuan saya untuk bercuti di Bukit Gambang Resort.

Masih banyak aktiviti yang belum sempat dilakukan seperti ATV Fun Ride, aktiviti menunggang kuda, night jungle dan lain-lain. Di tutup pada setiap hari rabu kecuali cuti sekolah dan cuti umum Malaysia. 





Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4