RAMADAN DATANG LAGI
Pejam celik pejam celik telah dua kali ramadan saya menyambutnya bersama kakak di Kuala Lumpur setelah pemergian kedua-dua orang yang disayangi. Tapi Ramadan kali ini agak berbeza kerana menyambut ramadan pertama di Kuala Lumpur. Persiapan menghiasi rumah tidak dilupakan walau pun tidak beraya di rumah sendiri tetapi persiapan ini tetap dilakukan sepertimana sebelum pemergian orang-orang yang disayangi. Cuma dua kali ramadan yang lalu ianya tidak dilakukan kerana ketidak upayaan melakukan dari segi mental..masih dalam kesedihan. Cuma timbul kesedaran di hati ini kehidupan perlu diteruskan dan perlu membangkitkan semula suasana sepertimana sebelumnya. Tidak bermakna kesedihan telah luput dari ingatan. Semakin ramadan hampir semakin aidil fitri hampir semuanya mengumpul banyak kenangan yang tidak mungkin luput dari ingatan. Langsir raya tahun ini ditukar sekadar membeli yang telah siap. Warna langsir adalah warna kegemaran arwah kakak iaitu purple......