VIETNAM LAGI (SIRI III)
Hari ini hari ketiga berada di Ho Chin Minh dan merupakan hari terakhir berada di sini. Saya terlupa menyatakan bahawa di sini uniknya bila dikaitkan dengan majoriti orang-orangnya menaiki motor adalah HELMET. Helmetnya agak ringan dan kalau dipakai di Malaysia untuk menaiki motor memang tidak diluluskan kerana tiada ciri keselamatan. Harganya kalau dalam ringgit malaysia tidak sampai RM10.00. Wow murah. Hajat hati nak dapatkannya satu tapi tengok keadaan macamana kerana area Ben Thanh Market tidak ada dijual. Lazimnya di jual di kaki lima. Cantik boleh didapati di dalam pelbagai bentuk dan warna. Seperkara lagi tentang penunggang motor mereka boleh dikatakan memakai penutup hidung. Saya pernah membeli penutup hidung ini yang dibuat dari kain. Harga satu RM5.00 sahaja. Di sini dijual dalam tambunan dalam pelbagai corak dan warna. Bagi wanita yang menaiki motor kali ini yang menarik perhatian saya adalah akses...