PERCUTIAN BERMAKNA (BUKIT GAMBANG RESORT)
Sebelum memulakan perjalanan kami singgah sebentar di kedai Pak Ngah Mak Ngah di Sungai Puteri, Mukim Rompin. Kalau di Kuala Rompin kedainya terkenal dengan nasi dagang. Kedai ini sekarang diusahakan oleh anak-anak dan menantu Pak Teh dan Mak Teh. Seronok makan dengan keluarga begini. Masing-masing dengan citarasa sendiri. Ada yang minta nasi lemak berlaukkan lauk nasi dagang dan ada yang makan nasi dagang. Selesai sahaja kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kuantan. Singgah sebentar di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan. Sekadar sesi fotografi sahaja. Setelah selesai kami menyambung perjalanan menuju ke Bukit Gambang Resort. lokasinya terletak lebih kurang 35 km dari bandar Kuantan. Sesampai sahaja kami terus mencari penginapan Arabian Bay Resort. Kami memilih family deluxe yang harganya RM400.00 semalam. Segala urusan pendaftaran diurus oleh PERMATA HATI. Setelah selesai urusan chec...