Kenanga
Kenanga Wholesale Centre atau nama singkatnya KMC terletak di kawasan Pudu tidak jauh dari penjara Pudu. Pertama Kali saya dengar tentang pusat membeli belah ini dari arwah kakak saya yang mengetahuinya dari anaknya. Masa ITU saya Langsung tidak kisah. Tetapi sejak selalu berulang ke Kuala Lumpur dan antara tempat yang selalu dibawa oleh arwah abang ipar, kakak, Permata Hati dan Buah Hati adalah salah satunya KWC. Kali pertama menjejakkan kaki ke sini bersama Nourish, kakak dan Buah Hati tetapi masa tu KWC tutup pukul 10.00 malam. Saya melihat-lihat sahaja orang kata window shopping . Sekarang diawalkan tutup jam 8.00 malam. Ada beberapa tingkat di sini. Kemudahan yang disediakan di lift dan escalator. Perkhidmatan teksi pun mudah. Setiap aras diletakkan petunjuk aras ke berapa dan jenis jualan bagi memudahkan pelanggan. Rasanya kalau setiap aras dan ruang hendak ditinjau mak ai tak larat... Di sini pelbagai jualan seperti baju, ...