Percutian Di Sabah (Bahagian Empat)
Pagi ini 26 Oktober 2013 (Jumaat) kami memulakan lawatan pada hari kedua. Sebelum itu pekena roti tampal di Salam Curry House And Catering bersama lain-lain ahli rombongan. Seronok makan bersama-sama seperti satu keluarga yang besar. Lawatan pertama ialah Borneo Coffee iaitu hanya dua kedai di Sabah yang menjual hasil keluaran kopi Borneo iaitu satu di Kota Kinabalu dan satu lagi di Kundasang. Kami diberi rasa beberapa jenis kopi yang telah dibancuh. Antara kopi yang dijual seperti Tongkat Ali Coffee, Tiramisu Coffee, Durian Coffee, Kelapa Coffee dll. Sempatlah membeli Tiramisu Coffee dan bergambar di luar kedai. Seterusnya kami singgah di Cocoa Boutique iaitu kedai menjual chocolate. Di sini ada bahagian tertentu boleh diambil gambar dan ada bahagian dlm kedai yg bolehcdiambil gambar. Destinasi seterusnya menikmati permandangan bandar Kota Kinabalu dari Signal Hill. Jelas kelihatan pulau berhampiran yg selalu dilawati pengunjung seperti Pula...