PERMATA HATI (BAHAGIAN TIGA)
Perjalanan ku untuk menghadiri majlis Permata Hati pada hari ini. Setelah solat subuh segala barang-barang untuk dibawa ke sana dimuatkan dalam kereta. Setelah urusan kerja pejabat selesai kami terus bergerak. Memandangkan dah tengahari kami terus berhenti di Leban Chondong untuk makan tengahari. selepas itu terus menuju ke destinasi yang hendak dituju. Sampai di sana terus membantu kakak bagi persiapan sebagai tambahan makan tengahari nanti. Setelah selesai kami pun menuju ke hotel berhampiran. Wah baru terasa penat yang teramat sangat. Pada pagi esoknya kepala mula terasa pening. Tapi kuatkan hati kerana telah berjanji dengan kakak untuk membantunya menggoreng Tembosa, menggoreng ikan dan memotong bahulu gulung. Agak lewat sedikit. Sampai saja ke rumahnya tanpa sarapan terus membantunya menggoreng tembosa dan ikan sambil sesekali makan dan minum. Sesekali kami saling usik mengusik. Alhamdulillah jam 9.00 pagi se...