SYAWAL 2014
Tepat jam 6 pagi kami menuju ke Masjid Wilayah untuk menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri..walau pun mata masih lagi terasa mengantuk. Di masjid kelihatan kereta sudah banyak memasuki kawasan masjid dan agak sukar untuk parking. Untuk jemaah wanita kawasan solat adalah di paras satu. Manakala aras bawah untuk jemaah lelaki. Dalam perjalanan ke ruang solat ramai mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar. Selesai solat saya dan ahli keluarga bergegas pulang untuk ke Putrajaya menziarahi pusara kakak. Seperti lazimnya sesi bermaaf-maafan dilakukan. Suasana yang sudah menjadi kelaziman yang wajib dilakukan. Sebak, sedih, sayu menyelubungi perasaan. Dalam kesedihan kami bertukar-tukar duit raya diikuti sesi bergambar ala-ala selfie gitu. Hadiah Yassin buat yang tersayang Sayu hati kerana telah dua tahun kakak ku kamu pergi...kasih sayang ku tidak akan pernah luntur. Seterusnya kami meneruskan budaya ...