HARGA DIRI
Dalam melayari kehidupan di dunia ini, kita tidak boleh tertalu mementingkan diri sendiri. Kita perlu melihat dan menoleh ke sekeliling, ke atas dan ke bawah agar kita tidak menjadi orang yang sombong dan angkuh dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya pangkat setinggi mana pun kalau tidak disertai perangai yang baik ianya tidak akan ke mana. Perlakuan sedemikian malah mengundang ramai menjauhi manusia seperti ini. Mungkin kita merasa bangga kuasa di tangan kita. Kita boleh mengarahkan sesuka hati walau pun arahan itu menyusahkan orang lain. Kerana kita berasa seronok mengenakan orang.. tak gitu. Sedarlah bahawa hidup ini ibarat roda. Adakala kita di atas dan adakala kita di bawah. Kita tidak akan menongkat langit selamanya. Toleransi perlu disemai. Perasaan sesama insan perlu dijaga agar tidak saling menyakiti. Ibarat menarik rambut dalam tepung... Pertuturan dan tingkah laku melambangkan keperibadian. Tidak w...