KEHILANGAN
Semuanya bermula setelah saya kehilangan ibu di awal tahun 2012. Diikuti kakak pada awal bulan Julai 2012 dan selang seminggu seorang lagi kakak. Kemudiannya pada awal tahun lepas saya turut kehilangan seorang abang. Saya kehilangan tempat bermanja. Tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan, hanya linangan airmata dan doa. Banyak perkara yang saya lalui yang mengajar saya erti kesabaran, kerinduan dan kesedihan. Kesabaran akan ketidaksamaan situasi sebelum dan selepas sesuatu kematian. Kita perlu persiapkan diri dengan situasi baru yang dulunya kita sendiri tidak menjangka akan ianya berlaku. Kerana ia memberi impak yang sangat-sangat berbeza. Saya sendiri melaluinya dan merasai kelainan dari pelbagai aspek seperti rasa diri tidak dipedulikan. Kalau dulu sentiasa berhubung dan bertanya khabar tapi kini telah tiada. Yang tidak disangka2 pula muncul mengambil tahu susah senang dan sebagainya. Itulah hakikat yang perlu dilalui. Kerinduan kepada insan yang telah tiada, ker...