IHYA' ULUMUDDIN (BAB 11)
Assalamualaikum, Kali ini saya hendak kongsikan bahan bacaan yang saya pinjam dari sahabat, tajuk buku ialah IHYA' ULUMUDDIN. Agak kelakar saya kongsikan terus bab 11. Insyallah sekiranya saya berpeluang dan diizinkan Allah saya akan kongsikan bab 1-10. Pertama kali terbuka pintu hati untuk kongsikan bahan bacaan berkaitan keagamaan sebelumnya saya kongsikan resepi dan pengalaman ke sesuatu destinasi bersama keluarga. Saya hanya mencatat dalam bentuk yang ringkas. A. PERKARA-PERKARA YG HARUS DIPERHATIKAN OLEH SESEORANG TENTANG MAKAN 1. ADAB-ADAB SEBELUM MAKAN a. Makanan hendaklah halal. b. Membasuh kedua-dua tangan. c. Berniat makanan akan menguatkan diri dalam menjalankan segala amalan-amalan ibadat dan ketaatan kepada Allah SWT. (berhenti makan sebelum kenyang) d. Rela dan merasakan cukup dengan apa yang dihidangkan dihadapannya. e. Bersungguh-sungguh agar dapat makan bersama orang ramai (keluarga, kawan-kawan, anak-anak dll) 2. ADAB-ADAB SEWAKTU MAKA...