RESEPI KEK BATIK CHEESE
Bahan-bahan: 50 gram serbuk koko 100 gram milo 100 gram gula pasir 200 ml air 100 gram mentega 2 biji telur 400 gram biskut marie-patah2 kan Cara membuaT: Campurkan koko, milo, gula dan air ke dalam kuali. Masak dengan api yang sederhana. Kacau hingga larut. Masukan mentega kacau lagi hingga larut. Kecilkan api, masukan telor dan kacau sehingga pekat dalam 30 saat dan padamkan. Masukan biskut dan gaul sehingga rata biskut disaluti sepenuhnya. Padatkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas aluminium. Lapisan Cheese: 250 gram cream cheese 1 biji telur gred A 2 sb gula Putarkan kesemua bahan sehingga kembang dan tuang ke atas kek batik tadi. Bakar 160 darjah celsius selama 5 minit (guna api atas). Sejukan di dalam peti sejuk sepelum dipotong dan dihidangkan. Cerita disebalik resepi ini: Resepi ini saya perolehi dari internet dari ALONGROZ@Homecreation. Terima kasih kerana sudi share resepi. Sebenarnya dah lama tidak buat Kek Batik ni tetapi atas...