LAILA MANJA
Pada kali ini saya hendak berkongsi pengalaman menghadiri teater di Istana Budaya. Pementasan kali ini bertajuk Laila Manja. Cerita adaptasi dari filem Melayu arahan dari Allahyarham Jamil Sulong. Saya lupa pula pelakon utama tetapi jalan cerita masih segar diingatan. Memasuki dewan Istana Budaya dengan duduk di barisan kedua tetamu kehormat. Seronok sangat dengan layanan istimewa dari pihak Istana Budaya. Semasa menunggu pementasan bermula, saya kakak dan Buah Hati melihat petikan cerita Mok Chun dll. Tiba-tiba kami terpandang penyanyi Amy Search dan isteri berdiri untuk mencari tempat. Kami bersalaman serta saling bertanya khabar lantas mereka berdua mengambil tempat disisi kami demikian juga dengan Iezan dan Farhan. Rindu dengan mereka sejak percutian di New Zealand baru-baru ini. Pementasan bermula dengan semua penonton diminta berdiri dan menyanyikan lagu Negara Ku. Adegan pertama terus disogokan dengan Sariyant...