HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1
Kali terakhir ke luar negara tahun 2019 iaitu ke Surabaya. Saya belum sempat edit perjalanan saya tersebut dalam blog! Telah beberapa kali merancang untuk ke Indonesia seperti Acheh, kemudiannya menukar rancangan untuk ke Bukit Tinggi, Padang. Selain melihat keindahan alam, saya berminat untuk melawat tempat allahyarham Hamka. Tokoh hebat. Namun hasrat ini terhenti seketika kerana wabak Covic19. Setelah keadaan kembali terkawal saya dan kakak merancang untuk bermusafir. Beberapa lokasi dipilih, akhirnya kami membuat keputusan untuk mengikuti trip IntraTama Travel pakej Chan Rak Ter 3.0 kerana tertarik dengan pakej yang ditawarkan, apatah lagi kami pernah mengikuti trip ke Phuket dengan menaiki Cruise dari Pelabuhan di Pulau Indah. Pengalaman ini saya telah kongsikan di laman blog saya. Memang sangat berpuashati dengan aturcara program. Program kali ini ke Thailand melibatkan perjalanan dengan menaiki bas ke Hadyai, Hadyai ke B...