Posts

UMRAH 2018 - 14.11.2018

Image
Hari ini kami ziarah luar iaitu ke Muzium Haramain.  Penerangan diberikan oleh mutawwif. Di bawah adalah sebahagian artifak yang sempat saya ambil. Replika Masjidil Haram apabila siap sepenuhnya nanti. Pancur emas Kain kiswah di Pintu kaabah.  Kain ini dibuat di Mesir, India dan Mekah.  Ianya akan ditukar setahun sekali pada 9 Zulhijjah ketika para haji keluar ke Arafah untuk wukuf atau 1 Muharam. Replika Masjid Nabawi Perigi air zam zam Saya, kakak dan anak saudara sempat bergambar. Gambar kami jemaah Wira Saujana Destinasi seterusnya Hudaibiyyah.  Masjid Hudaibiyyah terletak 26 kilometer dari kota Mekah dan bersempadan dengan tanah haram.  Ia adalah salah satu lokasi miqat.   Rasulullah saw bermimpi pergi ke Masjidil Haram bersama para sahabat dengan aman dan tanpa gangguan kaum quraisy. Melalui mimpi nya turun surah Al Fath ayat 27.  Rasulullah saw m...

UMRAH 2018 - 13.11.2018

Image
Hari ini selesai solat subuh kami berjalan ke Hotel Nada Daefah serta bersarapan di situ.   Kelihatan terdapat pondok dengan tong air zam zam.  Ianya untuk kegunaan jemaah. Perjalanan menuju hotel Nada Daefah.  Nampak tak bangunan merah, di belakang bangunan itu letaknya hotel Nada Daefah. Hotel Nada Daefah. Ziarah luar kami di bawa oleh Ustaz Asyraf.  Beliau membawa kami ke Jabal Tsur.  4 kilometer dari selatan Masjidil Haram. Kami tidak mendaki.  Merupakan sebuah bukit di mana terdapat gua (dipuncak)   Rasulullah saw mendapat banyak ancaman dari kaum kafir.  Pemuka Quraisy memutuskan untuk membunuh Rasulullah saw.  Rumah Rasulullah saw telah dikepung dari setiap penjuru.  Rasulullah saw menyuruh Ali bin Abi Talib tidur dan memakai selimutnya.  Rasulullah keluar tanpa di sedari dan menuju ke rumah Abu Bakar untuk lari ke Jabal Tsur.  Kedua duanya bersembunyi di sini selama tiga hari tiga malam. Labah-l...

UMRAH 2018 - 12.11.2018

Image
Selesai solat subuh kami berjalan ke Hotel Nada Daifa dan bersarapan di situ bersama jemaah yang menginap di situ. Hari ini mutawwif membawa jemaah ke miqat iaitu Tanaim / Masjid Siti Aisyah.  Tanah halal yang terdekat bagi penduduk Mekah.  Lebih kurang 7.5 km dari kota Mekah. Sudah tentu peluang untuk mengerjakan umrah sunat tidak akan kami sia-siakan.  Saya melakukan sendiri umrah Badal untuk allahyarhamah bonda tercinta manakala kakak saya pula mengerjakan umrah badal untuk allahyarham ayahanda.  Mutawwif mengajar kami niat samada untuk sendiri atau niat untuk yang telah meninggal.  Sewaktu saya berniat tetiba sahaja terbit rasa sayu.  Saya berdoa minta-minta umrah badal yang saya lakukan ini sampai kepada allahyarhamah Bonda. Masjid Siti Aisyah ini dibina sebagai menandakan peristiwa yang berlaku kepada Saidatina Aishah r.a yang meminta izin kepada rasulullah saw untuk menunaikan umrah selepas menunaikan haji.  Rasulullah menyuruh Saidatina...