Hari Terakhir Di Vietnam
Hari ini hari terakhir berada di Vietnam. Selesai sarapan pagi di hotel kami menuju ke Ben Thanh market. Selain ingin melihat sendiri pasar tersebut masih terdapat beberapa barang belum dibeli. Kami berjalan kaki menuju ke pasar tersebut. Sepanjang perjalanan sempat melihat penjaja menjual di kaki lima seperti rokok, menjual air , makanan seperti laksam dll. Ada yang masih dalam pakaian tidur lagi telah memulakan jualan. Mereka seperti ini tidak mengganggu pelancung. Satu senario yang berbeza. Beca mereka juga agak menarik yang hanya boleh memuatkan seorang sahaja dan agak tinggi. Di Ben Thanh terdapat dua bahagian iaitu satu bahagian pasar basah dan satu bahagian lagi pasar kering. Di pasar kering inilah menjual kasut, t shirt, alas meja, kain pasang dll. Ada yang boleh ditawar harga ada juga harga tetap. Peniaga di sini tidak akan melepaskan pelanggan pertama mereka jadi di sinilah tawar menawar berlaku. Lazimnya bab tawar menawar ini kami serahkan kepada kakak. Selesai membeli belah...